Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

Assalamualaikum..... Andai kau rasa sedih, pandanglah langit,  ingatlah, Allah masih ada.. Andai kau rasa resah,  renunglah dasar ha...

andai....

By Ogos 04, 2011

Assalamualaikum.....

Andai kau rasa sedih,
pandanglah langit, 
ingatlah,
Allah masih ada..

Andai kau rasa resah, 
renunglah dasar hati, 
yakinlah, 
Allah mencipta hati..

Andai kau rasa putus asa, 
lihatlah sungai 
yang tetap mengalir 
walaupun 
dihalang bebatu keras..

Andai kau rasa kecewa, 
lihatlah hakikat alam semesta, 
percayalah, 
Allah maha berkuasa..

Andai kau rasa tersisih, 
lihatlah purnama di malam sepi, 
yakinlah, 
Allah takkan biarkan kita sendiri..

Kalau semuanya tak pasti, 
serahkan pada Maha Mengetahui 
yang tersirat 
dan 
tersurat....


thanx ila... 



You Might Also Like

4 comments

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.