Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2011

Pulanglah...

"Kau tak rindu kampung raya-raya macam ni?"

Murni tersentak. Wajah kak Non ditatap tajam. Namun kemudian dia tunduk, menghela nafas sebelum berbisik lemah, "Siapa tak rindu, kak? Kampung tu tempat tanah tumpah darah saya. Tempat bermain, tempat di mana mereka yang menyayangi saya ada. Tapi,"

Kak Non sabar menunggu butiran-butiran yang selama ini tidak pernah terluah oleh Murni. Meskipun usia perkenalan mereka sudah mencecah enam bulan, Murni tetap dengan rahsia hidup yang tidak mampu diteroka sesiapa. Terkunci rapat tanpa mampu dibuka dan diselidik.

"Saya yang silap, kak. Saya tersilap langkah. Saya degil dan tidak mahu dengar cakap. Nasihat berbakul-bakul, saya ketepikan. Cakap saya aje yang betul, cakap orang lain, baik nasihat ayah atau abang atau kakak, semuanya tak betul. Saya lawan cakap mereka. Saya jadi anak derhaka sehingga saya tidak dibenarkan menjejakkan kaki ke rumah lagi. Berhakkah saya rindu untuk pulang? Berhakkah saya balik menemui mereka yang…

SELAMAT HARI RAYA

Assalamualaikum.....
KUALA LUMPUR – Lebih sejuta warga kota beransur meninggalkan ibu negara untuk pulang ke kampung halaman semalam bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang dijangka pada Selasa depan.
Kebanyakan mereka tidak mahu melepaskan peluang untuk bercuti panjang kerana Aidilfitri kali ini serentak dengan cuti persekolahan penggal kedua. Semalam adalah hari terakhir persekolahan sebelum bercuti selama seminggu sehingga 4 September ini.
Hmm, tentu sahaja semua orang ingin.......
Balik kampung... Oooo, balik kampung, Oooo, balik kampung... Hati girang.....
Ya, nak sambut raya dengan mak, pak, mak mentua, pak mentua lah katakan.... 
Musafir di perantauan pun menyanyi lagu raya ini...
Di hari raya, terkenang daku kepada si dia Kampungku indah nun jauh di sana  Ayah serta bondaku...
Memang seronok balik kampung beraya tapi janganlah sampai jadi mangsa kemalangan pula, ya.... Kalau dah accident, patah riuk malah kalau ada yang mati, pasti tak meriah raya kita nanti, kan? Jadi, berhati-hatilah se…

Kad raya dari seorang teman...

Assalamualaikum.....

terima kasih kak nOOr....


kad raya dari seorang teman, terima kasih atas tanda ingatanmu ini......

selamat hari raya untuk kak nOOr jugak.

sofi

kad raya untuk anda

Assalamualaikum.....

Selamat Hari Raya kak sofi ucapkan kepada semua kawan-kawan yang sudi mengunjungi blog LUAHAN ini. Kerana kita kawan, kan... makanya kak sofi berikan anda kad raya di bawah ini... harap anda sudi terima.

salam sayang...
sofi.

suami curang, isteri merana....

Assalamualaikum.....

Pagi Sabtu yang ceria. Harap-harap hati kita turut ceria dan meriah tambah-tambah nak dekat raya dah ni. Bukankah hari raya aidilfitri merupakan detik gembira bagi semua insan yang sempurna amalan puasanya?

Tak boleh nak gembira? Kenapa?

Oooo, sebab Ramadhan nak habis dah... Tak apa, insyaALLAH, panjang umur jumpa lagi, kan? Tapi, kalau rasa hati tu bimbang, takut tak ada rezeki menemui Ramadhan lagi, maka, jomlah kita sempurnakan sebaik mungkin baki bulan mulia ini yang ada kurang lebih 9 hari lagi itu...

Mesti ramai yang sudah mengeluh... Tak bolehlah, kak sofi. Hujung-hujung bulan Ramadhan ni kita kan sibuk? Nak buat kuih raya, nak jahit baju raya, nak tukar langsir, nak tukar perabut....banyak kerja laaa......

hehehe......

Terserahlah....  bak kata Nabil, Lu fikirlah sendiri...

Okey, kali ni nak sentuh sikit tentang kisah suami yang kaki perempuan.


Apa yang tak cukup dalam sebuah rumahtangga bila seorang suami sanggup ada perempuan simpanan? Baca kisah yang d…

Rindu....

Keadaan kelam kabut dalam sebuah rumah di pinggir kota. Kelihatan seorang ibu tua menitiskan air mata. Juga kelihatan seorang lelaki, berdiri menghela nafas, menahan sebak. Seorang gadis sedang memeluk erat tubuh seseorang sambil menangis teresak-esak. Di satu sudut, seorang anak muda tewas menahan perasaan hiba.
“Mak, abang balik, mak! Abang dengan Alif balik tu! Lepaskan Sya, mak. Sya nak dukung anak Sya. Lepaslah, mak!”
Suara yang mendayu-dayu meruntun jiwa sesiapa sahaja yang mendengar. Begitu mendayu permintaan yang keluar dari bibir yang mungil satu ketika dulu. Sepasang mata yang sedang memandang ke arah halaman rumah tidak lagi bersinar seceria dulu. Wajah yang pada satu ketika amat jelita, sudah hilang serinya. Segala-gala sudah sirna daripada diri seorang Syarifah Raihana.
“Sya, anak mak. Dengarlah cakap mak ni, sayang. Suami Sya, Syed Izham dah tak ada. Anak Sya, Syed Alif Munzir juga dah tak ada. Diorang dah meninggal, nak. Dah dijemput Allah!”
Syarifah Raihana termangu seketi…

CERITA RAMADHAN

Assalamualaikum.....
Semua kisah ini kuambil daripada harian metro. Dah lama tak masukkan berita, kan? Masuk ajelah sekali sekala. 
Di Taman Melawati, di salah sebuah gerai menjual makanan laut yang dibakar, seorang peniaga menjual udang kara (lobster) seberat 1 kg, dengan harga RM100. Wahhh... terbeliak biji mata! Tapi, bila difikirkan semula, iyalah, kan... Taman Melawati tu tempat orang kaya-kaya. Apa ada dengan RM100, iya tak? Bagaimanapun, apakah ia berbaloi? Terserah anda.
Cerita 2...
Seorang lelaki mengambil cuti di setiap Ramadhan, setiap tahun sejak bertahun-tahun kerana dia menggunakan sepanjang Ramadhan untuk berniaga di Bazaar Ramadhan. Apa yang dia jual? Roti John biasa, ditambah dengan Roti John inti rendang dan sardin. Tiap tahun, berbalaoilah dia mengambil cuti sebab keuntungan diperolehi mencecah RM10 ribu. Wowww! Hebat!
Namun dalam bulan yang penuh keberkatan ini, masih ada dalam kalangan lelaki yang sanggup masuk kelab-kelab dangdut untuk berjoget sehingga pagi. Kalau se…

Melur Jasmine 7

“Argh, penatnya!” keluh Jasmine sambil mencampakkan tubuh untuk baring di atas pangkuan Puan Liza di atas sofa. Si ibu hanya menggelengkan kepala melihat gelagat anaknya. Tangan secara spontan terus mengusap kepala Jasmine sambil menebak anak rambut yang menutupi dahi. “Balik sorang saja? Melur mana?” Jasmine mencebik. “Nanti mamat tu hantar dia balik.” “Iya? Naik apa? Motor?” Puan Liza mula menunjukkan reaksi tidak senangnya. Mungkin di mata dia membayangkan Melur mendakap pinggang Badrul erat-erat semasa menunggang motor agaknya. Jasmine tergelak kecil melihat gelagat ibunya yang risau. “Mami, si Badrul tu bawak keretalah! Kan dia dah ada lesen? So nanti, dia hantar Melur balik dengan kereta Myvi yang bapak dia hadiahkan tu lah!” Puan Liza urut dada. Dia kelegaan. “Habis tadi, Min balik dengan siapa?” “Dengan I. Kebetulan, I hendak cari air di 7- eleven sebelah KFC tu. Bila budak ni nampak I aje, terus dia cakap nak tumpang I. Tapi okeylah, kan? Dapat juga I jumpa buah hati I ni,” Puan …