Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

Assalamualaikum..... Kalau padi katakan padi, Tidak kami tertampi-tampi, Kalau benci katakan benci, Tidak kami ternanti-nanti.... Kenapa ...

Tak ada cara lain ke?

By Julai 11, 2011

Assalamualaikum.....


Kalau padi katakan padi,
Tidak kami tertampi-tampi,
Kalau benci katakan benci,
Tidak kami ternanti-nanti....

Kenapa diharap padi seberang,
Entahkan masak entahkan tidak,
Kenapa tidak berterus terang,
Tinggal seminggu baru menolak

Mana muka hendak diletak,
Malu sekampung kahwinnya tidak...

Kerana malu akibat pertunangan yang diputuskan pihak perempuan seminggu sebelum tarikh kahwin mereka, seorang lelaki nekad membawa kes ke mahkamah. 

Hai, macam-macam! Dulu kita dengar ada suami cerai isteri melalui SMS, hari ini....baca lagi!

Seorang lelaki yang sepatutnya berkahwin pada 8 Jun lepas, memfailkan saman ke atas bekas tunangnya di Mahkamah Tinggi. Bekas tunangnya diminta membayar ganti rugi am dan khas kerana lelaki itu mendakwa menanggung malu di atas tindakan wanita itu.

Ini ialah senarai tuntutannya:

1. Ganti rugi malu RM200,000, 
2. Ganti rugi teruk atau ganti rugi teladan RM100,000, 
3. Ganti rugi khas RM4,457.53 
4. Ganti rugi kos hangus (barang hantaran dan persediaan perkahwinan) RM17,000.

Jumlah: RM320 tibu. (Dia turut menuntut faedah 8% ke atas keseluruhan jumlah saman dari tarikh tuntutan difailkan sehingga kes diselesaikan sepenuhnya).

Lelaki itu turut menuntut supaya bekas tunangnya itu memohon maaf di dalam akhbar berbahasa Melayu di atas tindakan membatalkan perkahwinan tersebut, selama tiga hari berturut-turut.

Putus tunang boleh menyebabkan seseorang tertekan, hilang arah dan melakukan sesuatu di luar kawalan akal dan fikiran. Buntu, rasa tertipu dan asyik bertanya apakah kesalahan diri sehingga si dia tidak sudi sehidup semati. 

Tetapi, tak ada angin pokok tak akan bergoyang. Setiap perbuatan ada sebab dan alasannya tersendiri. 

Harap nanti, pasangan ini dan keluarga masing-masing boleh berbincang elok-elok, ya. Aku juga berharap agar pihak perempuan akan memberikan penjelasan. Jangan bermusuhan dan jangan memutuskan silaturrahim.  

Menyibuk? 

Tidak sama sekali! Aku menulis di sini sekadar melahirkan simpati kepada kedua-duanya. Bagi aku, seorang perempuan tidak akan mengambil tindakan sebegitu jika ......

Nanti anda semua kata aku bias pulak. 

Oh ya, jenguklah ke ruangan ini,  lelaki saman bekas tunang untuk info lebih mendalam. 

sofi. 

You Might Also Like

2 comments

  1. btl kak sofi..klu takder angin,masakkan pokok bergoyang...

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.