apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

23.7.11

Seorang lelaki membunuh 80 orang remaja di Oslo. Kejamnya!

Assalamualaikum.....

Kita di sini sedang gembira.Masih boleh mengukir senyum. Tapi tahukan anda bahawa di Oslo, Norway, ada yang bernasib malang?
Click image to view more photos. (AP/Morten Edvardsen/Scanpix)
80 orang dikhuatiri meninggal dunia, semuanya muda-muda. Bukan kerana Oslo ditimpa bencana alam seperti tsunami atau gempa bumi mahukan ribut salji. Semua mereka menjadi mangsa seorang pembunuh kejam yang menyamar menjadi seorang anggota polis.
Survivors describe horror in Norway
Bagaimana lelaki itu melakukannya? Siapakah budak-budak yang menjadi mangsanya itu?

Kejadian berlaku sewaktu sekumpulan remaja berkhemah di bawah naungan sayap pemuda, parti buruh yang memerintah. Dijangkakan, hari ini, Sabtu, perdana menteri Norway akan berucap dan hadir di pulau tempat remaja itu sedang ber'camping'.

Malangnya, bencana tidak disangka-sangka ini menimpa mereka. Lelaki itu hanya berseorangan datang menyamar sebagai seorang anggota polis. Dia suruh semua anak-anak malang itu berkumpul. Ketika mereka tiba, dia terus melepaskan tembakan.Yang sadisnya, bukan sekali dia menembak seorang mangsa malah, dia akan menembak kali kedua di bahagian kepala. Kejam!

sila baca. witnesses describe scenes as...dan marilah kita bersama-sama bersimpati terhadap remaja yang malang ini dan keluarga mereka.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.