Langkau ke kandungan utama

Perbicaraan kes Sosilawati

Assalamualaikum.....

Perbicaraan semalam, Selasa, 12.7. 2011.

Bekas suami allahyarham Sosilawati menjadi saksi pendakwa ke 24. dia beritahu mahkamah yang Sosilawati ada simpanan sebanyak RM40 juta. Wow, banyaknya!


Buhari turut beritahu bahawa bekas isterinya itu memang gemar berniaga jual beli tanah untuk mendapatkan keuntungan.

Manjeet: Tahun lalu, beliau kena tindakan sebab buat perjanjian tetapi tak mahu jual?

Buhari: Ya

Manjeet: Bila dapat tahu kes itu?

Buhari: Saya tidak tahu. Tapi saya mengendalikan kes itu sekarang. Bila beliau dah tak balik rumah, anak saya minta tolong dan kes itu sudah selesai. 

Manjeet: Bangunan itu sudah dijual kepada orang berkenaan?

Buhari: Ya.

Beliau juga memberitahu mahkamah, tidak tahu tanah itu dijual kepada syarikat milik seorang wakil rakyat, Datuk Abdul Rahman Palil atau kepada pihak lain.

Buhari juga memberitahu bahawa Sosilawati pernah membuat perjanjian pembelian tanah di Pulau Pinang dengan Muthuraja Allal Kathan pada 2008. Bekas isterinya itu pernah memintanya melihat satu dokumen perjanjian jual beli sebidang tanah di Pulau Pinang, di pejabat tertuduh pertama, N Pathmanabhan, pada 2008 kerana beliau ada sedikit pengetahuan mengenai perjanjian dan pernah bekerja sebagai pengurus bank.

Antara komen yang dia (Buhari) beri selepas tengok dokumen tu:

1. Maklumat penjual atau pemegang 'title', Muthuraja a/l Allal Kathan, tidak lengkap. Sekurang-kurangnya (perlu) ada nombor kad pengenalan atau pasport untuk ketahui identiti penjual. (Akhbar pernah melaporkan kehilangan seorang ahli perniagaan dari India bernama Muthuraja Allal Kathan ketika siasatan kes kehilangan Sosilawati dan tiga rakannya sedang dijalankan. Bagaimanapun, semalam, identiti sebenar lelaki bernama Muthuraja dalam perjanjian itu tidak ditimbulkan)

2. Nama syarikat dalam perjanjian berkenaan, iaitu Southern Symphony tidak ditulis dengan nombor pendaftaran syarikat serta hanya tandatangan pembeli tanpa maklumat pengenalan diri.

3. Beliau juga mempertikaikan bahawa Sosilawati ketika itu tidak pergi ke Madras, tetapi perjanjian ada membabitkan peguam di India serta tiada pengesahan kewujudan individu dalam perjanjian itu dari kedutaan di India.

Buhari: Saya kata, perjanjian ini (tanah) bermasalah yang ada lagi kaveat. Last (akhirnya) saya tanya dia (tertuduh) andai kata masalah timbul selepas tanah dibeli dan dijual semula dan keuntungan dibahagikan, pihak ketiga akan buat tuntutan dan tanah tidak boleh didaftar balik atau dipindah milik, siapa akan tanggung kerugian ini.

Ishak: Apa reaksi Sosilawati dan Pathmanabhan?

Buhari: Pathma kata masalah ini boleh diselesaikan. Sosilawati tidak ada komen, cuma saya kesal (kerana) ketika beliau bawa saya, perjanjian itu sudah ditandatangani dan duit deposit 10 peratus sudah dibayar.

Ishak: Macam mana awak tahu?

Buhari: Sebab beliau beri saya salinan dokumen ditandatangani.

Saksi itu berkata, suasana perbincangan sedikit hangat kerana beliau banyak mengulas mengenai perjanjian itu, tetapi Pathmanabhan ada berkata dia adalah peguam dan lebih faham daripadanya (Buhari).

Buhari beritahu mahkamah, beliau menerima panggilan telefon daripada anaknya, Erni Erinawati Sofia, kira-kira jam 10 pagi pada 31 Ogos 2010, memaklumkan Sosilawati tidak pulang ke rumah selepas keluar ke Banting pada 30 Ogos.

Katanya, dia pergi ke Banting untuk mencari pejabat lama Pathmanabhan di Jalan Abdul Samad, tetapi gagal. Selepas mencari dua hingga tiga jam dan selepas berbincang, anak sulungnya, Erni Dekritawati Yuliana diminta membuat laporan polis dan laporan orang hilang pada 2 September.

"Saya ada hubungi Pathmanabhan pada 2 September dan bertanya di mana Sosilawati yang pergi berjumpa dengannya pada 30 Ogos (kerana) hingga sekarang tidak balik-balik. Saya beritahu, anak saya sudah buat laporan polis dan beliau terpaksa bertanggungjawab. Dia kata, 
‘Sosilawati seorang yang baik dan pernah berurus niaga dengannya. Macam mana boleh hilang.’ 
Saya tidak komen terhadap apa yang dia katakan,"

Buhari juga memberitahu mahkamah, beliau mendapat nombor telefon Pathmanabhan ketika perjumpaan pada 2008, tetapi ketika mencari pejabat peguam itu, beliau tidak mengingati nombor telefon kerana ditulis pada salinan dokumen perjanjian jual beli tanah diberikan kepadanya dan dokumen itu ada di pejabatnya.

Sementara itu, ketika menjawab soalan Manjeet, saksi itu mengakui ada bertanya kepada Sosilawati sama ada sudah membayar wang deposit 10 peratus itu dan dimaklumkan wang berkenaan sudah dibayar tetapi jumlahnya tidak mencecah 10 peratus.

Katanya, beliau tidak ingat jumlah sebenar, tetapi RM1.2 juta hingga RM1.5 juta. 
......................

Di bawah ni pula keterangan Saksi Pendakwaan ke-25, Cif Inspektor Mazli Jusoh daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor. 


Mazli menerima arahan daripada pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Ishak Yaakob. Pasukannya bergegas ke lokasi di parkir Flet Angsana, USJ 1, Subang Jaya, pada jam 11.10 malam, 6 September tahun lalu. 


Katanya, pasukan forensik memasang garisan polis berwarna kuning di sekeliling kereta sebelum memulakan pemeriksaan ke atas BMW X5 berwarna hitam dengan nombor pendaftaran WTL 11 itu. 


Beliau menemui dua kesan cap jari, cungkil gigi, rangkai kunci, calitan peluh dan sehelai rambut dalam kereta BMW X5 milik  Sosilawati. Bahagian dalam kereta itu tidak berkunci manakala bahagian luarannya basah dan kotor.
"Terdapat beberapa plastik kerepek dan kuih raya di bahagian belakang but kereta," 
Disoal Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris Zainuddin, Mazli berkata kesan cap jari pertama diambil pada bahagian dalam kereta dekat pemegang pintu pemandu dan yang kedua, diambil pada kotak segi empat antara tempat duduk depan kenderaan itu, manakala dua calitan peluh diambil dari stereng dan tempat letak tangan (armrest). 
"Saya mengambil beberapa sampul surat daripada dashboard (papan pemuka) dan tempat duduk belakang untuk pengesanan cap jari dengan menggunakan kaedah ‘ninhydrin’ di makmal. Saya kena buat di pejabat kerana kaedah itu mengambil masa 12 hingga 24 jam untuk mendapatkan hasil," 
Bagaimanapun, katanya, ujian itu memberikan hasil negatif. 


Mazli berkata, beliau membuat penandaan nombor 1 hingga 4 bagi kereta BMW X5 itu, dua rangkai anak kunci pelbagai saiz dan jenis, pencungkil gigi ditemui di ruang letak air dan pencungkil kedua di antara kerusi pemandu serta penumpang depan, sebelum mengarahkan anggotanya merakam gambar. 


Beliau berkata, pasukannya menggunakan teknik dusting, lifting dan kaedah 'ninhydrin' bagi mendapatkan kesan cap jari pada BMW X5 itu. 
“Teknik dusting menggunakan serbuk disapu pada permukaan untuk mendapatkan kesan cap jari. Apabila dapat cap jari, kami membuat tanda menggunakan pelekat putih di bahagian bawah cap jari itu. Proses lifting pula adalah meletak pita pelekat untuk mendapatkan urat yang membentuk cap jari. Selepas itu, ia diletakkan di atas kertas putih untuk menimbulkan cap, manakala kaedah 'ninhydrin' dijalankan di makmal menggunakan bahan kimia tertentu,"  
Disoal balas peguam Manjeet Singh Dhillon, Mazli berkata, beliau tidak pasti keadaan awal cuaca pada hari berkenaan, namun apabila tiba di situ keadaan malam gelap selepas hujan, basah dan lembap. Mazli mengakui ada membuka but kereta dan hanya surat khabar yang basah, beliau ada mengambilnya untuk ujian cap jari menggunakan kaedah 'ninhydrin', namun tiada hasil. 


soal-soal teknikal ni, aku copy paste saja... 


rujukan: berita harian

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…