Follow Us @soratemplates

8.7.11

Perbicaraan hari 3/4 kes Sosilawati

Assalamualaikum.....


Di mahkamah, kalau anda hendak menang kes, kenalah beri jawapan yang tepat. Anda tentu pernah tengok cerita2 perbicaraan di mahkamah, seperti Matlock. Peguambela akan menekan saksi pendakwa untuk pastikan jawapannya boleh meragukan juri. begitu juga yang dilakukan pendakwa kepada saksi pembelaan. 

So, di Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam, bila anak allahyarham Sosilawati asyik jawab 'tak pasti' dia kena perli dengan pihak peguambela. mereka kata jawapan 'tak pasti itu jawapan yang mengagumkan!'

Hakim Mahkamah Tinggi itu Datuk Akhtar Tahir, turut menegur. Dia kata jawapan sedemikian bukanlah satu jawapan yang boleh membantu.
"Cuba ingat. Tak pasti tak jadi jawapan tetapi hak awak untuk jawab tak pasti. Tapi kalau asyik jawapan tak pasti, itu tidak membantu. Tak pasti berbeza dengan tak tahu sebab tak pasti ini maknanya awak tidak tahu perkara tersebut berlaku atau tidak,'' 
Pada peringkat awal soal balas, Rita menafikan bahawa ibunya 'tidak ada duit' sehingga terpaksa mempercepatkan tarikh cek yang diterima daripada Pathma bagi membolehkan wang tersebut digunakan untuk memberi bonus pekerja dan hadiah kepada ahli keluarganya.
"Saya tak kata dia (Sosilawati) tak ada duit. Yang saya tahu dia nak cepatkan sebab nak bagi bonus dan duit pada adik-adik dia. Saya tak tahu niat lain ibu saya untuk bayar apa-apa, yang saya tahu nak bayar bonus dan bagi duit pada adik-adik dia,'' 
- tegasnya ketika disoal Manjeet.

Dia juga tidak mengetahui syarikat milik ibunya itu mempunyai simpanan sebanyak RM1.9 juta pada penghujung 2009.

ketika disoal oleh Amer Hamzah kenapa dia menunggu sehingga malam keesokan harinya untuk membuat laporan polis berhubung kehilangan ibunya, Rita menyatakan, ia berikutan anggota polis di sebuah balai berhampiran rumahnya memberitahunya bahawa laporan orang hilang hanya boleh dibuat selepas 24 jam. Tempoh 24 jam itu pula dikira dari waktu terakhir dia dapat bercakap dengan ibunya, Noorhisham Mohamad dan Ahmad Kamil Abdul Karim. 

dari Habishah Bahari, 47, kawan baik allahyarhamah 

''Shah, Kak Wati tak balik tiga hari pergi Banting.''

Itulah kata-kata terakhir yang buat Habishah risau selepas talian terputus begitu sahaja kerana Sosilawati hanya membahasakan dirinya sebagai Kak Wati apabila susah hati. Selalunya dia akan guna ganti nama diri 'aku'
''Saya jadi risau, berdebar-debar dan tidak sedap hati sebab dia bahasakan dirinya Kak Wati dengan nada yang lembut,'' 
Habishah dilihat tidak dapat menahan kesedihan dan terus menangis tanpa sempat menghabiskan jawapan sebelum mahkamah berhenti rehat bagi memberi masa untuk saksi itu menenangkan diri.

panggilan pertama Sosilawati diterima Habishah pada pukul 7.30 malam, 30 Ogos 2010.
''Sosilawati kata, 'Wei, aku tak percaya Kamal (Kamaruddin) masuk bilik aku, Dia ambil gambar bogel aku, Kau pergi rumah aku, kau masuk ke dalam bilik air, kau check ada kamera tersorok tak'. Kemudian talian terus terputus.
''Saya hairan sebab kenapa ayat yang diguna, 'Kamal ambil gambar bogel aku' sebab tidak ada apa-apa petanda Kamal boleh berbuat demikian. Lagipun selama tiga tahun kenal Kamal, dia seorang yang jujur, baik hati, ikhlas, lembut, setia dan patuh pada arahan,'' jelasnya.

Berikutan itu, jelas Habishah, dia cuba menghubungi semula Sosilawati sebanyak lima kali tetapi panggilan itu tidak dijawab walaupun kedengaran nada dering.

''Kali kedua dia call, saya tanya, Kak Wati, kau cakap apa aku tak faham. Dia kata tak apa, kau pergi dulu kat rumah aku, check kat bilik aku. Nanti balik aku cerita. Selepas itu dia terus letak telefon. ''Panggilan kali ketiga dan terakhir saya terima selepas saya solat Maghrib pada malam sama,'' katanya.

Menurut Habishah, dia hanya pergi ke rumah Sosilawati dan berjumpa anak-anak kawan baiknya itu sebaik sahaja selesai urusan di kedai jahitnya di Plaza Idaman Gombak pada pukul 11 malam. Dia memberitahu anak-anak Sosilawati tentang apa yang diberitahu oleh ibu mereka serta menyuruh memeriksa bilik dan bilik air tetapi tiada sebarang kamera tersorok dijumpai.

Kata Habishah, dia pulang ke rumah dua jam kemudian dan menerima panggilan telefon daripada anak lelaki Sosilawati mengatakan akan ke Shah Alam bersama kakaknya, Erni Dekritawati Yuliana untuk mencari kereta Noorhisham.

Sepatutnya Habishah ke Banting bersama-sama allahyarhamah, 
''Saya tidak temankan dia sebab masa itu saya sibuk. Saya tunggu dia call tetapi dia tidak call. Jadi saya ingat mungkin saya tidak perlu pergi. Pukul 5 petang saya call, Sosilawati kata dia dalam perjalanan ke Banting dan ada tunggu tetapi saya tidak datang. Jadi dia pergi dulu sebab nak cepat,'' 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.