Langkau ke kandungan utama

Perbicaraan hari 2, 3, kes Sosilawati

Assalamualaikum.....

Isteri mana tak marah kalau kena tinggal oleh suami semata-mata kerana suami nak tolong orang lain, kan? 

Begitulah juga perasaan isteri Noorhisham Mohamad, yang menangis ketika diminta mengecam seutas jam tangan Longines milik suaminya. 

Kata Suzana Radin Pangat, 39, beliau marah apabila suaminya sanggup meninggalkan keluarga selama tiga hari kerana ingin membantu orang lain dan kemarahan itu terlontar melalui satu SMS berbunyi: 
“Kenapa sanggup nak bantu orang tapi tinggalkan saya dan anak-anak selama tiga hari” 
SMS tu dia hantar kepada telefon bimbit milik Noorhisham, lima minit selepas panggilan terakhir suaminya yang memberitahu bahawa dia tidak boleh pulang selama tiga hari kerana ingin cuba menyelamatkan Sosilawati.
"Noorhisham hubungi saya kira-kira pukul 8 malam 30 Ogos 2010 cakap dia nak cuba selamatkan Datuk Sosilawati. Dia kata Kamal, ‘driver’ Sosilawati (Kamaruddin Shamsuddin) ugut Sosilawati sebab ada satu gambar tidak elok nak sebarkan, jadi dia (Noorhisham) dan Kamil (Ahmad Kamil Abdul Karim) terpaksa bantu Sosilawati dalam hal ini. Dia minta saya faham situasi dan minta maaf pada saya banyak-banyak dan dia kata dalam masa tiga hari dia balik akan cerita apa berlaku pada dia. Saya kemudian tanya dia kat mana dan berbuka puasa di mana tetapi dia tidak jawab dan terus matikan talian,” 
Suzana ialah saksi ke lapan pendakwaan dalam kes pembunuhan ini.

Yang di bawah ni pula apa yang berlaku hari ini:

Cerita daripada saksi, Junaidah Ismail pula.  

Pada petang 3 Ogos, 2010, beliau, Sosilawati dan pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, pergi ke pejabat Pathmanabhan di Banting. Selepas sejam, lelaki itu tiba menaiki kereta jenis Mercedes Brabus. Beliau dan Kamaruddin tunggu dalam kereta, Sosilawati turun, jumpa dan ambil sesuatu daripada Pathmanabhan, sebelum masuk semula ke dalam kereta.
"Sosilawati pegang cek. Dia tunjuk kepada saya di belakang dan berkata, 'Nah Kak Ju tengok, aku dapat payment'. 

"Saya nampak cek itu bernilai RM1 juta. Ketika nak pulangkan, saya ternampak ia post dated cheque. 

"Saya tanya, Ti, kenapa bulan September, sekarang Ogos dan dia kata, tak mengapa, kita dah bincang," katanya.

Bersambung....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…