Langkau ke kandungan utama

Perbicaraan hari 1 kes Sosilawati

Assalamualaikum.....


Pada prosiding hari ini, banyak barang bukti dibawa masuk ke mahkamah. Antaranya termasuklah lebih 500 keping gambar beberapa lokasi di sekitar Banting berkaitan dengan kes itu yang diambil oleh empat jurugambar dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat dan Jabatan Forensik IPD Bukit Aman. 

Pendakwa mengemukakan bukti berdasarkan penemuan DNA mangsa pada barang-barang kes seperti:

1.  DNA milik seorang daripada mangsa iaitu pegawai bank, Noorhisham Mohammad pada kayu kriket
2. DNA peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin pada zink-zink yang digunakan sebagai alas untuk membakar mayat-mayat mangsa.

Nanti dua tertuduh yang sudah dihukum kerana melupuskan bahan bukti iaitu Suresh dan Sarawanan akan memberi keterangan mengenai peranan setiap tertuduh dan bagaimana tertuduh kedua, T. Thilaiyagan membunuh setiap mangsa. 

Ketua Unit Jenayah Am dan Jenayah Seksual, Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara, Ishak Mohd. Yusoff ketika membuka tirai pendakwaan berkata, pada pukul 7.30 malam hari kejadian, Sosilawati menghubungi kawannya, Habishah Bahari dan memberitahu: 
''Wei, aku tak percaya kat Kamal masuk dalam bilik aku, pergi kat bilik air, kau check ada kamera tersorok tak.''
Ia diikuti panggilan oleh Ahmad Kamil kepada isterinya, Sabrina Adnan pada pukul 7.45 malam memberitahu, dia tidak akan pulang ke rumah selama tiga hari kerana mahu menolong Sosilawati yang diugut oleh orang kanannya, Kamal (Kamarudin). Kamal mengugut hendak menyebarkan gambar Sosilawati yang tidak elok dan memberitahu jutawan itu sedang menangis.

Suzana Radin Pangit akan memberi keterangan menerima panggilan pada pukul 8.15 malam daripada suaminya, Noorhisham memberitahu dia tidak akan balik selama tiga hari kerana hendak menolong Sosilawati berikutan Kamal ada mengambil gambar dan dikatakan mengugut Sosilawati. Dia meminta maaf banyak-banyak dan meminta Suzana faham.

Pada pukul 8.40 malam, Sosilawati juga ada menghubungi anaknya, Erni Dekritawati tetapi beliau tidak perasan dan juga menerima mesej berbunyi: 
'Jangan bagi Kamal masuk rumah jika datang hubungi Bisah dia ambil gambar mak, 
jelas pendakwa raya tersebut.

Menurut Ishak, keterangan itu akan disokong oleh saksi R. Vakasan yang dipanggil untuk mengesahkan dia melihat Sosilawati datang bersama tiga lelaki Melayu dengan menaiki kereta BMW hitam pada pukul 6.40 petang hari kejadian.

Begitu juga keterangan saksi berhubung penemuan jam tangan jenama Longines milik Ahmad Kamil di bilik tidur rumah V. Selvapandian, saksi yang akan mengesahkan dia menerima jam tangan itu daripada Suresh.

Tidak ketinggalan penemuan jam tangan Seiko milik Kamarudin, jam tangan Bell & Ross dan telefon bimbit Blackberry Bold warna putih milik Ahmad Kamil, telefon Blackberry warna hitam, sebatang anak kunci hitam bertulis BMW dan pemegang kunci tertulis perkataan Sytner.

Sementara sebilah pisau berkarat hulu besi sepanjang 37 sentimeter, lapan gelung dawai dan tiga serpihan dawai, serpihan tulang-tulang disyaki tulang manusia, beberapa keping logam dan beberapa anak kunci dan sekarung plastik pula ditemui di kawasan pembuangan abu mayat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…