Langkau ke kandungan utama

Nasihat berguna untuk adik-adik yang baru bekerja

Assalamualaikum.....

Rasanya, sebaik seseorang itu tamat belajar dan mula bekerja, dia tentu tak sabar-sabar hendak menanti gaji pertama untuk digenggam. Sepanjang sebulan yang pertama itu, dia mencongak-congak....

Gaji banyak ni, bagi emak sikit, bagi ayah sikit, belanja adik-adik KFC, eh ada baki lagi tu.... mmm, nak beli apa ya duit baki tu?

Begitulah lebih kurang apa yang berlegar di dalam kepala, kan?

Maka mulalah terfikir hendak beli telefon pintarlah... I- phone ke, I-pad ke... baru class, kan? Baju? Seluar? Wah, tentu kena tukar kepada yang berjenama sekarang! Tak mainlah kain potong di Jalan Masjid India dah, kurang-kurang, mesti Gulatis? Apa class pakai Dunhill buatan Siam, tentu nak masuk Chortimar beli Arrow (paling tidak!)

Tak ramai yang merancang untuk masa depan saat duit masih mewah di zaman bujang ni. Tidaklah semua namun kebanyakannya begitulah. Oh, ada yang menyimpan untuk majlis kahwin mereka kerana tentu saja ada yang sudah berpunya dan merancang mendirikan rumah tangga tapi tidak ramai dan tidak istiqamah. Bila sesak aje, duit simpanan itu pasti akan dikorek tabungannya!! 

Tahukah anda bahawa waktu anda bujanglah amat mustahak untuk anda mengumpul harta seperti rumah? Atau tanah? 

Aku syorkan anda beli rumah di tempat-tempat yang strategik. Rumah untuk disewakan, itu yang terbaik dan pulangannya besar/tinggi untuk anda. 

Mana lebih baik? Beli kereta dengan ansuran bulanan paling kurang RM500 dan makin lama susut harga atau beli sebuah rumah pangsa di sekitar Lembah Pantai, dengan bayaran bulanan RM500 disewakan kepada pelajar UM, sekepala RM100 dan dalam rumah tu boleh ditempatkan 10 orang? 

Ingatlah, hartanah ialah aset dan kereta, i phone, segala gadget tu semua ialah liabilities. Nak buat duit, bunyinya mudah aje, kan? Terutama kalau duduk di KL...

Selamat melabur dan berfikir-fikir...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…