Langkau ke kandungan utama

Melur Jasmine 6

Assalamualaikum.....




6

Jasmine mundar mandir di ruang tamu. Beberapa kali dia mendengus kasar. Beberapa kali juga sepasang mata bergilir-gilir merenung antara jam tangan jenama Guess hadiah dari maminya dan mendongak ke arah pintu bilik Melur yang masih bertutup.

“Agaknya anak kesayangan mami tu tidur balik lepas solat Subuh tadi. Sebab tu dia tak boleh nak bukak bijik mata dia tu!” marahnya kepada Melur tapi ditujukan kepada ibunya yang hanya membalas dengan sekuntum senyum.

“Sabarlah! Kejap lagi Melur turun. Dia tengah bersiap tu!” si ibu menenangkannya.

Jasmine mencebik. “Dia ingat kami nak pergi pertunjukan fesyen ke? Mekap tebal-tebal? Pakai baju lawa-lawa? Haih, tak fahamlah orang dengan anak mami yang sorang tu. Nak pergi tengok game kat sekolah pun bersiap berjam-jam!” omel Jasmine.

Senyum Puan Liza semakin jelas. Di dalam hati, memang dia mengakui, anak kembarnya yang berdua ini sangat kontra dari segi penampilan. Nama aje kembar seiras tetapi, perangai, fuhh... jauh berbeza.

Sejak kecil lagi perbezaan itu jelas kelihatan. Melur menyimpan rambut yang panjang hingga ke pinggang sedangkan Jasmine? Rambutnya hanya separas bahu. Melur suka memakai skirt labuh, kebaya atau pun baju kurung sedangkan Jasmine? Cukup selesa dengan memakai seluar jeans dan t-shirt. Melur sukakan anak-anak patung dan teddy bear. Buktinya, di dalam bilik penuh dengan pelbagai jenis patung Barbie dan teddy bear berbagai-bagai saiz. Jasmine? Panjat pokok rambutan, mangga, mempelam, naik basikal ke hulu ke hilir, rock-climbing, sebut saja. Itulah yang amat diminati olehnya. Cuma sekarang, disebabkan oleh peperiksaan yang akan dihadapi, aktiviti lasak itu sudah kurang diceburi tapi, Puan Liza tahu, Jasmine pasti akan aktif semula bila peperiksaan tamat nanti.  

Melihat Melur yang baru turun, dan wajah Jasmine yang terpegun, rasa ingin sahaja dia ketawa di situ juga. Tapi, bimbang pula kalau-kalau Melur berkecil hati. Puan Liza tidak mahu hubungan mereka yang sudah bertambah baik ini berdepan masalah lagi.

“Melur? Kenapa pakai macam nak jadi cheerleader ni? Siap touch up lagi? Kau nak mengurat ke nak tengok hoki?” tanya Jasmine sambil kerut dahi. Tak faham! Memang Melur semakin sukar untuk difahaminya kini. Hisy, kerja gila. Nampak dek Cikgu Noh, cikgu disiplin, boleh menanah telinga kena leter.

“Relaks la, sis. Kau ni, Min... risau sangatlah! Orang memang dalam kumpulan Nuriz. Nak sorak semua pemain sekolah kita, nak bagi semangat. Especially to Badrul.”

“Hah? Dia main?”

Dahi Melur berkerut.

“Mestilah! Kaki dia dah lama baik dah. Kan dah tiga bulan kita sekolah sama-sama?”

Ya juga! Aduh, payah macam ni. Rasa malas pula nak pergi. Si BADAQ tu mesti nak menunjuk yang dia tu terer sangat. Hisy, menyampah betul!

Puan Liza merenung wajah Jasmine yang berubah rona. Dia tahu tentulah anaknya itu sedang diamuk rasa. Sejak mengetahui bahawa Badrullah budak lelaki yang selalu mengusik anaknya, dia pun jadi risau. Iyalah takut juga kalau-kalau Badrul buat perangai lama. Kasihan Jasmine. Nanti tak tekun pula dia hendak belajar.

“Tu, kenapa berdiri macam kayu pula? Tadi marah kita lambat?” Melur mula melangkah keluar rumah.

“Melur ajelah pergi. Orang malaslah. Tiba-tiba rasa tak sedap perut ni.”    

Melur tak peduli. Ditariknya tangan Jasmine nyaris tak terjatuh. “Banyak songeh Min ni, tau! Sakit perut konon. Apa susah? Kalau sakit nanti, tandas kat sekolah kita tu kan berderet? Masuk aje situ. Hisy!”

Jasmine cuba merayu Puan Liza tetapi Puan Liza hanya tersengih. “Good luck, Min!” ujarnya membuat Jasmine menarik muncung yang panjang. Geram...
...................

Sepasang mata Badrul Aminudin Haziq tercari-cari wajah itu. Di dalam hati dia sangat berharap agar gadis itu hadir ke padang melihat dia dan kawan-kawan bermain, mewakili sekolah dalam perlawanan persahabatan di antara sekolah mereka dengan Sekolah Sukan Khir Johari. Walaupun dia hanya pemain simpanan, dia amat yakin bahawa nanti dia akan diberi peluang untuk bermain. Dan, kehadiran gadis itu nanti bagaikan memberi semangat untuk dia menunjukkan kepakarannya.

Badrul pernah mewakili daerah sewaktu di sekolah lama dahulu. Namun, akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya, dia tidak dapat bermain. Memang dia kecewa tetapi Badrul bukan seorang yang cepat putus asa. Meskipun bimbang kalau-kalau kaki yang patah itu memberi kesan kepada pergerakannya namun usaha ayah dan ibu yang tak kenal lelah membolehkan dia bergerak cergas seperti dahulu. Kini, dia ingin membuktikan bahawa dia antara pemain hoki terbaik yang pernah hadir di sekolah baharu ini.

“Hai, Bad! Dah sedia?” tanya kapten pasukan, Suresh.

Badrul mengangguk laju.

“Habis tu, kenapa masih termenung kat sini. Jomlah warm up!” Chuah mengajak.

Saat itu Badrul dapat melihat kelibat Jasmine dan Melur yang sedang medekati sekumpulan pelajar perempuan. Tetiba senyum terukir pada bibir. Tetiba dia rasa bersemangat. Segera kayu hoki dipegang.

“Jom!” ujarnya, meninggalkan Chuah terlopong.

Berakhir sudah separuh masa pertama. SMK Tun Razak ketinggalan 0 -2 dengan Sekolah Sukan Khir Johari. Kelihatan jurulatih pasukan, Cikgu Onn marah-marah di tepi padang. Dan nampaknya, akan berlaku pertukaran pada masa kedua nanti. Badrul akan masuk menggantikan pemain yang pakai jersi nombor 10, Munir. Melur sudah melompat-lompat keriangan.

“Badrul! Badrul!!” laungnya.

Bulat mata Jasmine. Tak tahu malu betul perempuan nih, bisik hatinya.

Badrul tersengih macam kerang busuk. Dia menunjukkan tanda ‘bagus’ kepada Melur.

Jasmine menjuihkan bibir. Menyampah! Macam pandai sangat main?

Tapi, Badrul memang pemain yang hebat. Tidak sampai lima minit, dia sudah membantu Suresh untuk mendapatkan gol yang pertama. Gol Suresh itu melonjakkan semangat sepasukan. Begitu juga dengan semua penonton. Bukan main lagi bersorak riuh rendah. Malah, nama Badrul dilaung-laung lagi. Bukan setakat Melur sorang saja, semua orang begitu teruja melihat gelagat lelaki itu yang ligat, pantas dan tepat. Memang berkaliber! Dan, kali ini, bila loceng penamat berbunyi, semua orang bertempik keriangan kerana buat pertama kali SMK Tun Razak dapat menumpaskan Khir Johari dengan 4 - 2. Jasa Badrul amat besar nampaknya kerana selain membantu kawan-kawannya menjaringkan gol, dia turut menghasilkan satu.   

“Game dah habis, Melur. Jomlah balik! Lama dah Pak Amin tunggu tu.” Ajak Jasmine.

“Alah, kejaplah. Orang nak tunggu lengang sikit nak ucap tahniah pada Bad.”

“Esok dalam kelas, ucaplah. Sini ramai orang, bila nak baliknya?”

“Min, kalau esok, dah tak seronoklah. Apalah..”

“Kalau macam tu, Melur tunggulah dia. Tu, tengah dikelilingi budak perempuan cun-cun semua. Nuriz pun ada. Melur ingat dia hairan sangat ucapan dari Melur ke? Dahlah! Min nak balik. Min tunggu dekat kereta.”

“Min, kejaplah!”

“Malas!” Jasmine tidak menoleh. Dia terus saja bergegas pergi. Entah kenapa hatinya sakit melihat Badrul yang ceria dikelilingi kawan-kawan perempuan sekolahnya. Sudahlah sangkaannya meleset tentang Badrul, sekarang ini pula ramai sungguh budak perempuan yang sukakan lelaki itu. Uisy, entah apa yang mereka nampak pada dirinya, entahlah. Dia pun tak tahu!

“Masam aje muka tu? Melur mana?” tanya Pak Amin sambil membuka pintu belakang.

“Melur tunggu nak ucap tahniah pada mamat tu.”

Pak Amin senyum. Bila Jasmine sebut mamat, dia dah boleh mengagak siapakah yang dimaksudkan. Dia kenal Badrul. Badrul anak Encik Hakim, seorang peguam yang terkenal di bandar ini. Malah dia juga tahu bahawa Melur rapat dengan Badrul. Sudah beberapa kali Badrul menumpang kereta mereka untuk balik ke rumahnya.

Dan, rasanya, hari ini tidak terkecuali sebab ketika ini, Badrul sedang berjalan seiringan dengan Melur. Mengerling ke arah Jasmine, Pak Amin tahu bahawa Jasmine tidak menyedarinya. Kalau tidak....

“Assalamualaikum,”

Bulat mata Jasmine mendengar suara itu. Salam dijawab dalam hati. Wajah itu ditatap sekejap.  Tak tahan. Mata Badrul nakal sangat. Segera pandangan teralih pada Melur.

“Melur telefon mami. Mami ajak Bad makan tengah hari di rumah.” Melur memberitahu.

Jasmine mendengus.

“Masuklah, Bad. Jangan pedulikan Min tu. Angin dia memang tak berapa baik hari ini.”

Badrul ketawa mendengar kata-kata Melur. Dia dengan selamba masuk di tempat duduk hadapan, seperti kebiasaannya jika dia menumpang kereta dua beradik kembar ini. Tangan Pak Amin disalam sebelum orang tua itu mula menggerakkan kereta. Dia kemudian berkalih memandang wajah masam Jasmine.

“Awak seorang saja lagi belum ucap tahniah pada saya, Min.”

Jasmine tidak kuasa membalas. Dia diam dan merenung ke luar tingkap. Itu lebih baik daripada membalas kata-kata si Badrul.

“Melur, saya ingat biar saya turun di simpang depan tu ajelah. Tiba-tiba rasa penat pulak. Nak balik tidur.”

“Tiba-tiba aje ubah fikiran? Ni tak lain merajuk dengan Min, ya?” Melur mengusik.

Mata Jasmin buntang. “Apa Min dah buat yang dia nak merajuk tu?”

“Iyalah, Melur. Awak ni... tak baik tuduh-tuduh tau. Tak apa, kalau Min tak nak ucap tahniah pada saya. Lagipun, hoki ni permainan sepasukan. Sekolah kita menang bukan sebab saya sorang tapi teamwork. Tak apa. Memang logik kalau Min anggap yang saya ni bukan hero tadi.”

Sayu sahaja alunan suara Badrul, buat Jasmine rasa bersalahlah pulak. Sekilas merenung seraut wajah yang keletihan itu, timbul rasa kasihan dalam hati. Eei, kenapa hati ni mesti jadi cair, hanya merenung wajah yang macam kebulur saja tu? hati menyoal diri.

“Min, dah nak sampai simpang dah. Cepatlah cakap! Nak berhenti ke nak terus balik ke rumah?” gesa Melur.

Jasmine tengok wajah lelaki itu lagi. Mata bertentang seketika. Seperti biasa, dia cepat-cepat mengalih pandangan. Tak tahan dipanah renungan tajam Badrul Aminudin Haziq.

“Balik ke rumah dulu, ya, Pak Amin. Nanti lepas makan, baru hantar dia balik.”

Pak Amin angguk kepala tapi senyuman Badrul yang buat hati semakin kuat getarnya. Haih...
...........................

“Lepas ni, tentu makin banyak peminat Bad, kan? Nanti tak menang tangan nak tepis.” Melur mengusik sambil mereka menjamu selera.

Badrul ketawa.

“Eleh, sukalah tu?” gumam Jasmine.

“Mestilah! Seronok apa kalau ada peminat. Nanti masa birthday, dapat cupcakes. Dapat hadiah lagi.”

“Bila Bad lahir?”

Badrul senyum melihat Melur. “Jumaat depan.”

“Laa, dah dekat dah! Nanti, Melur bagitahu semua orang, kita sambut hari jadi Bad di KFC, ya! Min, nanti kita tolong organise majlis tu sama-sama.”

“Alah, cari orang lainlah! Min sibuk. Suruhlah Nuriz ke....”

“Min??”

Hampir tersedak Jasmine mendengar suara garang si Melur. Matanya bulat memandang wajah adiknya yang mencerlung.

“Melur nak buat kerja dengan kembar Melur, yang nama dia, Jasmine. Senang! Melur tak nak kerjasama dengan Nuriz yang gedik tu. Dia tu taunya nak ngurat Bad aje, faham?”

Mula-mula semua orang terpaku melihat gelagat garang Melur tetapi sudahnya meledak ketawa masing-masing. Badrullah yang paling kuat. Gembira sungguh bila melihat Jasmine yang kini terkebil-kebil dijerkah adik kembarnya. Tu dia! Melur yang lembut sudah marah.

“Korang dua beradik ni kan... Makan, Badrul. Jangan pedulikan Min dengan Melur. Diorang memang begitu. Kejap-kejap gaduh. Kejap-kejap gaduh. Tapi sat lagi elok bergomol macam anak kucing.”

Badrul tersengih. “At least Min ada Melur untuk gaduh-gaduh, mak cik. Saya ni anak tunggal. Nak gaduh dengan siapa?”

“Gaduhlah dengan teddy bear besar yang Melur bagi awak tu!” ungkit Jasmine. Usikan yang membuat semua orang ketawa geli hati. Kata-kata yang menyebabkan Badrul memeluk erat patung gebu beruang comel yang Melur namakan, Ben, ketika tidur malam itu.

Ulasan

  1. err...melur suka kat Bad jgk ke???
    emm..

    BalasPadam
  2. bad ni macm berminat kat jasmine tp g layan melur nk tarik perhatian jasmine kot... silap2 nti konflik adik beradik plak timbul..

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…