Langkau ke kandungan utama

Kuningnya korneaku....


Assalamualaikum.....


Perhatikan sepasang mata yang kuning itu. Apakah anda fikir, dia lelaki yang sihat? Jawapannya tentulah tidak, kan? Itu pertanda anda dijangkiti hepatitis.

HEPATITIS, penyakit berkaitan hati yang semakin ditakuti. Ada hepatitis A, B dan C. Bilangan penghidapnya ramai malah di malaysia, anggaran 5% menghidap Hepatitis B kronik dan lebih kurang 2% lagi menghidap Hepatitis C kronik. Tahukah anda bahawa, hepatitis B dan C kronik disenarai sebagai salah satu punca utama kematian di dunia? 

Apa itu hepatitis? Sebelum kita pergi jauh menghuraikan hepatitis, ketahui dulu peranan hati dalah tubuh kita.

Hati - organ penting yang terletak di bahagian atas kanan abdomen (perut). Tugasnya:

1. Menyaring darah

2.  Membuat empedu, suatu zat yang membantu pencernaan lemak

3. Memproses dan mengikat lemak pada protein termasuk kolesterol. Lemak + protein = lipoprotein yang menyimpan gula selain  memberikan tenaga. 

4. Membuat protein-protein penting, seperti kebanyakan yang terlibat pada pembekuan darah

5. Memetabolisme (melancarkan) ubat yang diambil yang mengandungi amphetamines

6. Menyimpan besi, tembaga, vitamin A dan D, dan beberapa dari vitamin B

7. Membuat protein-protein penting seperti albumin yang mengatur membawa cairan di dalam darah dan ginjal (buah pinggang)

8. Membantu mengurai sel-sel darah merah

Hati menjadi radang bila dijangkiti virus, diserang bakteria mahupun yang mengalami perubahan kimia atau fisikal dalam tubuh. Malnutrisi ialah punca utama kerosakan hati apatah lagi jika dalam masa sama individu itu ketagih alkohol.

Hepatitis boleh merebak melalui:

1. perkongsian alat suntikan ubat atau dadah, pisau cukur, berus gigi dan peralatan lain seperti gunting kuku yang dicemari darah.

2. tatu, bertindik telinga atau badan dengan alatan yang tidak disteril, 

3. menerima darah tercemar melalui darah sebelum saringan virus hepatitis diperkenalkan.
''Penularan daripada ibu penghidap virus hepatitis diperkenalkan semasa bersalin dan ini adalah cara jangkitan Hepatitis B yang paling biasa,'' 
Gejala-gejala mungkin akut, terjadi tiba-tiba, atau kronik, berkembang perlahan melalui suatu jangka waktu yang lama. Yang kronik adalah jauh lebih umum daripada yang akut. 

Tanda dan Gejala Penyakit

1. Jaundice atau kekuningan kulit

2. Air kencing yang coklat seperti teh

3. Mual

4. Hilang selera makan

5. Kehilangan atau kenaikan berat tubuh yang abnormal

6. Muntah

7. Cirit-birit

8. Rasa ngilu pada bahagian kanan atas perut 

9. Gatal-gatal

10. selalu letih

11. Hipoglikemia (kadar gula darah rendah)

12. Demam ringan

13. Sakit otot-otot

14. Libido berkurang (ghairah seks berkurang)

15. Murung

Bila hati gagal berfungsi terjadilah...

1. Aplastic anemia, suatu keadaan dimana sumsum tulang (bone marrow) tidak dapat membuat sel-sel darah

2. Ascites, terkumpul cairan di dalam abdomen

3. Edema atau bengkak di bawah kulit

4. Encephalopathy, kelainan yang mempengaruhi fungsi-fungsi otak

5. Hati yang membesar dan perih (sakit)

6. Limpa membesar

Hepatitis boleh dijangkiti oleh sesiapa sahaja. Sebab itu amat perlu untuk kita mengetahui apakah kita menghidapinya. 

Cara? 

Hanya ada satu cara saja untuk membuktikan sama ada kita menghidap hepatitis atau tidak. Iaitu dengan menjalani ujian darah. 

semoga kita tidak leka dalam menjaga tubuh kita ini...


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…