Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

Assalamualaikum..... Ada banyak petua dan cara untuk memiliki wajah yang bercahaya dan tidak kusam lagi. Hendak yang murah atau mahal, ter...

Kulit muka kusam?

By Julai 03, 2011 ,


Assalamualaikum.....

Ada banyak petua dan cara untuk memiliki wajah yang bercahaya dan tidak kusam lagi. Hendak yang murah atau mahal, terserah anda. Pilih saja, ya....

Petua murah:-

- Pukul sebiji kuning telur dengan 1/2 sudu kecil minyak jagung beserta beberapa titisan air mati (air masak sejuk). Pukul sehingga sebati. Kemudian adunan tadi diletakkan ke seluruh kulit wajah kecuali mata. Lakukan dengan berhati-hati dan lembut. 

- Kemudian kita perlu tidur dengan kedudukan kaki lebih tinggi daripada kepala supaya aliran darah dapat beredar dengan baik. Aliran darah dalam badan yang baik akan membantu menyerikan kulit wajah. 

- Tunggu sehingga 5-10 minit. Kemudian bilaslah wajah seperti biasa dengan air mati juga. Air mati ini baik untuk kesihatan kulit wajah. Jadi amalkanlah selalu membasuh wajah dengan air mati.

Petua murah lagi...

Belah 4 sebiji timun cara memanjang. Buang bijinya dan gosokkan ke wajah. Biarkan selama 5-10 minit. Bilas dengan air suam.


Atau, guna buah tomato. Tomato dibelah 2 secara melintang, gosok-gosokkan bahagian dalam buah tomato pada wajah. Biarkan 5-15 minit. Bilas dengan air suam.

Nak cara mahal? Malas nak buat sendiri? Tak ada hal punya! Pergilah manjakan diri anda di spa-spa yang banyak di sekitar anda. 

You Might Also Like

0 comments

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.