apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

4.7.11

Kadang-kadang...

Assalamualaikum.....

Kadang-kadang, kita ditakdirkan bertemu dengan orang yang salah sebelum bernikah dengan pasangan yang memang telah ditetapkan Allah sebagai jodoh kita. 

Kadang-kadang, kita dijodohkan dengan pasangan yang kita cintai sepenuh hati dan dia juga mengaku mencintai kita sepenuh jiwa raga. Bahagianya kita namun di permulaan rumah tangga sahaja. Bertahun kemudian, rumahtangga menjadi hambar dan kita didedahkan dengan sikapnya yang kita tidak berkenan hari demi hari. 

Kadang-kadang, ibu bapa memaksa kita kahwin dengan orang yang mereka suka sedangkan kita? Tak pernah terfikir dia akan jadi pasangan kita. Macam-macam perangai kita buat supaya dia marahkan kita tapi, dia tak peduli. Dia reda aje dengan semua perbuatan kita tapi tetap kita tak puas hati juga! 

Kadang-kadang, bercinta bagai nak rak namun berpisah kerana dia terpaksa kahwin dengan gadis pilihan ayah dan ibu. Bertahun lepas tu, saat rumah tangga kita goyah, kita dipertemukan semula dengan si dia. Cinta bercambah semula dan kita tewas dalam godaan nafsu, melakukan hubungan terlarang. Suami ceraikan kita dan si dia tak sanggup hancurkan hati isterinya. Kita gigit jari...

Kadang-kadang, kita langsung tidak berjodoh. Membujang sampai ke tua, telan air liur tengok adik, kakak, abang, saudara jauh, saudara dekat, kengkawan semua dah kahwin tapi kita? Orang cakap kita terlalu memilih, kita marah! Dan, sememangnya kita patut marah kerana dulu... tiap kali hendak bercinta, bapa cakap, 
"Kau muda lagi, jangan gatal!"
Sekarang bila dah berumur emak cakap,
"Tulah, dulu mak suruh terima pinangan Abu, kau tak mahu. Iyalah.... Abu tu kan ke kerja tukang sapu kat hospital aje?"
Pulak....???

Pening, kan?

Jadi, sebagai wanita, kita nak buat macam mana, ya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.