Follow Us @soratemplates

12.4.13

Jangan pernah tinggalkan aku sudah siap...

Assalamualaikum.....

Kepada semua yang meminati cerpen nukilan sofi, hehe... e - cerpen ke dua bertajuk Jangan Pernah Tinggalkan Aku sudah siap diedit. Akan mula dihantar kepada anda yang sudah membayar insyaallah... Tunggu, ya!
1

Bunyi enjin kereta mengaum di hadapan rumah menyebabkan Aiza melompat turun daripada katil. Laju kakinya melangkah ke tepi tingkap. Dengan berhati-hati, langsir diselak sedikit untuk memerhati ke hadapan pintu pagar rumah berkembar dua tingkat itu.

"Thanks, sayang. You tak nak masuk dulu?"

Kenal benar dia dengan suara lembut adiknya, Izati. Ya, Izati memang lemah lembut orangnya. Tidak seperti dia, gadis tomboy yang sering menjadi kemarahan ayah dan ibu mereka. Cantik sungguh Izati berbaju kurung warna biru dengan tudung ala-ala si Hana Tajima. Memang mengancam habis gayanya, manalah lelaki yang seorang itu tidak tergoda.

"Lain kalilah I masuk, ya. Kirim salam pada mak cik dengan pak cik."

Suara garau itu menyahut. Suara sedap, gaya apatah lagi. Jauh lebih hebat daripada si Aaron Aziz, hero pujaannya. Jauh lebih tegap daripada Remy Ishak dalam filem Cun.

Aiza terus memerhati. Entah apa pula yang mereka di bawah itu bisikkan, dia tak pasti cuma suara mengilai adiknya yang macam Pontianak Harum Siang Malam tu tetiba kedengaran.

Argh, Fizwan memang pandai berlucu. Sejak dulu lagi dia begitu. Sikap itulah yang pernah membuat hatinya tertarik kepada lelaki itu. Malangnya, Fizwan tak sukakan dia. Tentu saja tidak! Siapa yang suka pada gadis yang beraksi seperti seorang lelaki, kan?

"Okey, I balik dulu. Jangan nakal-nakal tau!"

"Alah, you ni.... you tu yang nakal!"

Kemanjaan itu buat Aiza memandang ke bawah sekali lagi. Untuk memerhati lelaki itu pergi. Namun hati tersentap bila lelaki itu mendongak.

Makkk, dia tahukah yang aku selalu mengintai ni? Desis dalam hati sambil menyembunyikan diri. Namun sekilas dia dapat melihat sekuntum senyum terukir pada bibir lelaki itu.

"Bye, sayang..."

Errr.... kenapa dia rasa macam Fizwan mengucapkan itu kepadanya? Buru-buru dia memandang ke bawah. Fizwan masih mendongak dan ketika saling bertentang mata, senyum itu berubah jadi sengih. Lelaki itu kemudian terus masuk dan pergi bersama sengihan itu.

Aiza yang  masih berdiri di tepi tingkap terkedu.
.........................
nak baca keseluruhan cerpen? belilah e cerpen kak sofi. jenguklah sini, e- cerpen ana sofiya, k!


beli baru boleh baca hehe...


thanx


sofi.

9 ulasan:

  1. hi cgu sofi... JPTA bes sgt.. cuma klu boleh pjgkan sedikit ye.. tp xpe, drpd takde kan.. thanks yah!

    BalasPadam
  2. baru je habis baca. thanks kak untuk cerita yang manis tu. :)

    BalasPadam
  3. Yg dah lama beli e-cerpen ni pun akak yg update yg baru ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni hanya promosi je eijan

      Padam
    2. Kak sofi mcm mana saya nak beli ecerpen nie?

      Padam
  4. Kak sofi mcm mana saya nk beli ecerpen nie?

    BalasPadam
  5. salam. boleh wasap kak di no telefon 017 340 5889 ya

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.