Follow Us @soratemplates

1.7.11

Jangan kamu hampiri zina.

Assalamualaikum.....


Gambar hiasan ini sangat berkait rapat dengan tajuk....betapa mereka sudah punya anak tapi rasanya, mereka belum punya 'ikatan' itu. Ah, biarkan  mereka. 

Islam menampilkan cara pengawalan yang sangat berkesan dalam mengatasi masalah penyakit seksual.

"Jangan kamu hampiri zina"

Merupakan larangan keras Allah swt terhadap zina. Hampir pun tak boleh, ya! Apa lagilah melakukannya! 

Menghampiri bermakna apa saja perbuatan yang menjadi penyebab, pendorong, keinginan dan sebagainya, adalah haram.

Kalau ada pendorong, mudah datang keinginan kerana bisikan syaitan amat merdu untuk sama-sama merelakan.... 

Semasa bergaul antara lelaki-perempuan, jagalah:
1) Pandangan 
2) Pertemuan 
3) Percakapan 
4) Berjabat tangan 
5) Bersentuhan badan 

Pandangan 
Bagi kaum lelaki, Allah s.w.t memberi peringatan di dalam firman-Nya dalam Surah An-Nur ayat 30 yang bermaksud: 
“Katakanlah olehmu (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman, hendaklah mereka memejamkan setengah dari pandangan mereka...” 
Bagi kaum perempuan, Allah s.w.t memberi peringatan-Nya sebagaimana maksud Surah An-Nur ayat 31 
“Katakanlah olehmu (wahai Muhammad) kepada orang-orang perempuan yang beriman hendaklah mereka memejamkan (tidak tengok) setengah dari pandangan mereka...” 
Jadi, kalau dah tengok sekali, cukuplah. jangan toleh, toleh lagi...dan lagi...

Pertemuan 
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 
“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah ia melakukan pertemuan dengan seorang perempuan tanpa disertai mahramnya kerana sesungguhnya yang ketiga itu tentulah syaitan.” 
(Riwayat Bukhari, Muslim dan lain-lain) 

Dari hadis di atas dapat kita membuat kesimpulan bahawa Allah melarang pertemuan di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya di tempat-tempat sunyi dan jauh dari pandangan orang ramai. 

Percakapan atau perbualan 
Bukan bermakna antara lelaki dan perempuan tidak boleh bergaul dan bercakap-cakap, Islam tidak melarangnya, tetapi mestilah mempunyai tujuan yang tertentu atau urusan yang penting sahaja. 

Larangan itu dibuat semata-mata untuk menghindari pandangan serong atau fitnah orang terutama sekali kaum perempuan. 

Berjabat tangan 
Menurut Islam hukum berjabat tangan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya adalah haram

Siti Aisyah r.a ada berkata: 
“...demi Allah, tidak pernah Rasulullah s.a.w menyentuh tangan seorang perempuan lain yang bukan mahramnya, hanya baginda membai’ah mereka dengan percakapan.” 
(Riwayat Imam Ahmad) 
Bersentuhan badan 
Sentuhan yang sengaja, kerana bernafsu!
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya: 
“Sesungguhnya jika kepala seseorang dari kamu ditikam dengan jarum besi, itu lebih baik daripada menyentuh seorang perempuan yang tidak halal baginya.” 
Dari hadis di atas dapatlah kita faham dengan jelas bahawa persentuhan badan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah dilarang keras Allah s.w.t.

sofi: aku bukan ustazah sekadar berkongsi artikel yang aku baca ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.