Langkau ke kandungan utama

Ingin bersamanya selagi dia sudi menjadikan saya isterinya

Assalamualaikum.....

Kisah ini aku baca minggu lepas tapi baru hari ini aku dapat peluang untuk menceritakannya semula kepada anda. Mungkin ada di antara anda sudah membacanya, mungkin ada yang pernah mengalaminya. Apapun, kita jadikan kisah ini pedoman, okey...

Aza bercinta dengan Alif yang panas baran. Bukan setakat panas baran malah playboy juga namun cinta Aza tetap buta. Alif datang dan pergi dalam hidupnya namun Aza tetap setia. Alif bercinta dengan gadis lain, tapi Aza tetap yakin menunggu Alif kembali kepadanya. 

Alif tidak pernah berjanji untuk menjadikan Aza isterinya namun cintanya bak tugu, tegak menanti. Dan, kerana terlalu menyayangi, Alif mudah saja memiliki segala-gala yang Aza miliki. Duit dan body diserah bagai Alif itu sang suami....

Tidak siapa tahu resah hatinya. Tak siapa tahu perasaannya. Dia kecewa bila Alif main tarik tali tapi dalam masa yang sama dia tewas bila dipujuk rayu lelaki itu. 

Bila satu hari Alif lafazkan kalimah perpisahan, Aza terluka sangat. Ditanya pada Alif, apa kekurangannya? Jawab Alif mudah saja.
"Kau terlalu mudah memberi. Tak ada thrill!" 
Begitulah lelaki....

Dalam menggoda, lelaki mahu perempuan yang pandai bermain sorong dan tarik, bagai merpati, jinak di dekat, ditangkap lari. Yang terlalu mudah menyerah, diratah.... iyalah, orang memberi, kita merasa. Betul tak? Jahat macam manapun lelaki, bila memilih wanita untuk dibuat isteri, tetap nak yang baik dan solehah. Pelik betul perangai mereka, kan?

Sedangkan wanita dihimpit kesengsaraan. Cinta menyebabkan dia ingin mengikat lelaki kepada dirinya. Lalu diserahkan apa yang ada dengan harapan lelaki idaman akan bertanggungjawab. Sayang bererti memberi selagi ada. Dia lupa bahawa, lelaki yang baik tidak akan rakus mengikut hawa nafsu tanpa restu agama yang dipegang. Bila ditinggalkan, dia hidup dalam kesalan, itupun kalau maruah menjadi keutamaan.

Bagi Aza, dia bernasib baik. Masih ada lelaki yang sudi menerima dia seadanya. Beruntunglah! Bukan mudah mendapat lelaki yang sanggup mengambil sisa lelaki lain. Dan, kata Aza, dia tidak pernah jemu melafaz syukur kerana Allah masih menyayangi dirinya yang sudah bertaubat dengan menghantar lelaki bagaikan 'malaikat penyelamat' saat hidup penuh calar yang tidak mampu ditahan kesakitannya. Kini, kebahagiaannya lengkap dengan kehadiran seorang putera dan seorang puteri setelah hampir 10 tahun berkahwin. 

Alif? Alif pernah hadir semula dalam hidupnya. Alif pernah merayu agar dia kembali kepada lelaki itu. Aza hanya mampu menggelengkan kepala.

"Maafkan saya, Alif. Cinta saya pada awak dah tak ada. Lagipun, saya dah berkahwin dengan abang Zakuan yang sanggup menerima diri saya yang awak anggap macam sampah dulu. Lupakan saya. Dan, tolonglah..... jangan lagi menganiaya anak dara orang. Bertaubatlah! Insyaallah, Tuhan sentiasa menerima taubat hambaNYA, walaupun dosa hambaNYA itu banyak sangat! Tolong jangan ganggu hidup saya, ya! Izinkan saya bahagia bersama lelaki terbaik yang pernah saya jumpa. Saya ingin bersamanya selagi dia sudi menjadikan saya isterinya...."

semoga cerita ini mampu menjadi pedoman untuk semua anak dara di luar sana.






Ulasan

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…