Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

Assalamualaikum..... Trend dan gaya bertudung Hana Tajima banyak mempengaruhi wanita-wanita Malaysia khususnya golongan  muda terdiri da...

Hijab Tutorial : Hana Tajima

By Julai 04, 2011

Assalamualaikum.....


Trend dan gaya bertudung Hana Tajima banyak mempengaruhi wanita-wanita Malaysia khususnya golongan  muda terdiri dari pelajar-pelajar termasuk yang sudah bekerja. Anak penulis pun terikut-terikut gaya ini. Biarpun apa gaya sekali pun yang penting pakai tudung dan tutup aurat daripada tak bertudung langsung dan mendedahkan rambut.

Berguna juga tutorial macam ni. Kalau asyik nak suruh orang tak bertudung nak tutup aurat. Kena tarik minatnya. Kena bagi tutorial. Barulah betul. Jangan dihentam, cari kaedah yang betul untuk orang berubah. Kepada yang tak bertudung, marilah bertudung dan menutup aurat.....

Tutup aurat juga adalah sebagai syiar diri sebagai penganut Islam. Firman Allah: 

"Barangsiapa yang membesarkan syiar Allah maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati"

Sabda Nabi SAW:

Ertinya: "Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )






You Might Also Like

2 comments

  1. hurmmm,memang tutup aurat tp xsempurna...sepatutnya utk melabuhkn tudung d bhgn dada...wallahua'lam

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.