Langkau ke kandungan utama

Cinta setahun jagung


Assalamualaikum.....

Pengalaman bercinta memang indah. Memang mengasyikkan. Membahagiakan! 

Cinta tidak mengenal usia, semua orang tahu tu, kan? Ada yang bercinta sejak usia masih remaja lagi...

Di sekolah, aku lihat, trend bercinta dalam kalangan murid sudah mengaruk sekarang. Murid lelaki Tingkatan 3 cari murid tingkatan 1 atau 2 untuk menjadi pasangan mereka. Yang di T5 lagilah banyak pilihan terutama hot guys...macam-macam!

Bila dah bercinta mulalah buat kelaku pelik-pelik. Ada ke patut, masa balik sekolah si dara cium tangan si teruna pastu si teruna itu cium dahi si dara? Eh diorang ingat diorang dah kahwin ke hapa? Mujur ada ustazah yang tolong 'sound!' Baru terpinga-pinga.... Payah, bila remaja terlalu cepat ingin menjadi dewasa....

Hari tu terbaca sms seorang anak murid lelaki untuk girlfriend dia. Ayat-ayat cinta mereka? Buat meremang bulu romaku...

B, maafkan ayang. Ayang tak sengaja melukakan hati B.

Itulah D! B dah cakap dia tipu, D tak caya. Mujur B sabar, kalau tak...

Alah B. pleaseee.... jangan cakap nak putus. Ayang tak rela. I love u sooooo muchhhh....

Mmm, bukti?

Kita jumpa di port biasa. Ayang rela.....

Tak kuasa nak sambung. Anda tentu boleh teka habuan yang bakal murid lelaki aku terima, kan? 

Punyalah teka B untuk apa? Rupa-rupanya, huBby... Ooo....

D tu biasalah untuk darling! Ngee... belum kahwin lagi dah sms macam tu. Nak termuntah! 

Betulkah itu cinta? Entahlah, cinta tafsiran nafsu di usia setahun jagung memang payah dimengerti. 

Ulasan

  1. yang saya tak dapat nak terima bila mereka panggil diri masing2 sebagai papa n mama.....memang geli la kalau budak2 form 1 buat macam tu....

    BalasPadam
  2. serius nak muntah...
    sy pon pelajar skola tp x de la buat kerja gila geli macam tu...
    lagi nak bercinta...mmg sy anti la...

    BalasPadam
  3. @Anonymous, tp skrg ni ssh nk dpt bdk skola yg x bercinta...

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…