apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

1.7.11

Cerpen Aku Ada Kamu sudah diposkan....

Assalamualaikum.....

Kepada kawan-kawan yang sudah membeli e-cerpen kak sofi, sebagaimana dijanjikan, cerpen pertama sudahpun diposkan menerusi alamat emel anda. Jemputlah baca sambungan kisah Zulfi, Husna, Nadia dan Danial....

Kepada kawan-kawan yang belum membeli e-cerpen kak sofi, silalah masuk ke link e-cerpen Ana Sofiya ini. Jika berminat, isilah borang dan belilah ya! Harga termurah di pasaran...RM10.00 saja. 

Cerpen-cerpen terbaru yang kak sofi khaskan untuk anda ini tidak akan diposkan ke blog Luahan atau ke penulisan2u. Ia titipan istimewa dari hati ini untuk anda yang banyak menyokong penulisan kak sofi selama ini....

Secebis sedutan dari Aku Ada Kamu...

“Nad....”

“Apa lagi?”

“Kenapa kau tak kahwin lagi?”

Wajah Zulfi yang bertanya ditenung macam nak telan.

“None of your business!”

“Sebab kau masih rindukan Zul, kan?” tanya Husna.

Bulat mata Fatin Nadia.

“Kau masih cintakan Zul?”

Fatin Nadia menahan nafas. Badannya dirasakan bergegar. Suaranya bergetar bila dia bercakap, “Korang bawak aku ke sini sebab nak tahu perasaan aku? Kenapa? Kenapa kalau aku masih rindukan Zul? Cakap, Husna! Kalau aku masih cintakan Zul, kau nak buat apa? Nak aku jadi madu kau? Kau nak aku kahwin dengan Zul?”

Sahabat-sahabat baiknya itu saling berpandangan sebelum kedua-duanya mengangguk. Dan berkata serentak.

“Ya!”

Air mata yang ditahan mengalir laju menuruni pipi bila Fatin Nadia mendengar pengakuan itu. Sebak sungguh perasaan.

“Zul tak pernah berhenti mencintai kau, Nadia. Zul tak pernah berhenti mengingati kau. Dan aku yakin, kau juga tak pernah berhenti mencintai Zul. Sebab itu, aku ingin kembalikan Zul pada kau. Aku pinjam dia sekejap. Sekarang kau dah balik, jadi, kau berhak bahagia dengan dia. Cuma, aku harap, kau beri aku ruang untuk menumpang satu sudut dalam kehidupan korang berdua nanti. Aku janji, aku tak akan kacau kau. Cuma, aku harap Zul tak ceraikan aku, itu saja.”

Fatin Nadia bangun tergesa-gesa. Habis jatuh kerusi yang baru didudukinya. Dia ingin pergi dari situ. Ingin segera pergi meninggalkan dua orang insan yang gila di hadapannya ini.

“I am not that desperate nak rampas suami kawan baik aku sendiri!” 
________________________

14 ulasan:

  1. cik sofi, bukan ke cerpen ni dah dijadikan versi novel - dipersimpangan kasih (yang dihentikan blog post utk tujuan penerbitan.

    BalasPadam
  2. salam ...
    akak sy dah order... x sabar ni..

    BalasPadam
  3. @Anonymous
    maaf... kak sofi beridea utk cerpen dulu... mungkin akan jd novel, mungkin tidak...

    BalasPadam
  4. @mimi syafiqah

    mimi isi borang, then bank in rm9.90, nnt bila dah dpt, kak sofi emelkan ebook kak sofi nih!

    BalasPadam
  5. @HASNORWANI ...

    boleh... isi boang dan bayarkan ikut cara yg tertera

    BalasPadam
  6. @miznza84
    kak sofi dah emelkan, kalau dah terima jemputlah baca...

    BalasPadam
  7. blogtube , thanks sudi jenguk sini....

    BalasPadam
  8. @sofi thanks kak sy dah dpt.. hapi gle..

    BalasPadam
  9. salam...kak.sye dah oder...tpi sye x dpt pown...

    BalasPadam
  10. @ain
    sori ain, nnt kak sofi check balik.
    sori sesangat....

    nnt kak sofi bukak gmail ya

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.