Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

Assalamualaikum..... Rumah dah siap, pahat berbunyi, kata orang. Bila dah kalah dalam sesuatu pertandingan, pasti ada yang merungut, menyal...

Cerita di sebalik kekalahan Jozan dalam Maharaja Lawak

By Julai 04, 2011

Assalamualaikum.....

Rumah dah siap, pahat berbunyi, kata orang. Bila dah kalah dalam sesuatu pertandingan, pasti ada yang merungut, menyalahkan takdir, menyalahkan pengundi, menyalahkan....... kawan. Kawan?
Itulah antara cerita yang tercungkil. Khabarnya, kekalahan Jozan dalam Maharaja Lawak (ML) buat Johan panas... geram..... pada Zizan. 
Rasa tak puas hati itu kelihatan ketara selepas selesainya pertandingan akhir ML. Apa saja Zizan cakap pada sidang akhbar yang diadakan selepas program itu, Johan ‘buat muka’. Menunjukkan yang dia tak puas hati.
Kenapa? 

1. Johan dan Zizan tidak sebulu. Perselisihan dikatakan bermula ketika mereka menyertai pertandingan ML.

2. Zizan gagal memberi komitmen untuk ML

3. Mereka tak dapat buat persediaan secukupnya.

Bukan nak kata apalah, kan... aku pun bila tengok Jozan dalam 2 episod, cerita tentang Mail Lambung.... tak habis-habis, maka minat pun menurunlah. Kering sangatkah idea diorang sehingga asyik ulang dan ulang tentang Mail Lambung aje?

Bagi aku, SEPAH memang menghiburkan. Walaupun sesekali aku geram juga cara mereka mengajuk Ustazah, tapi, aku rasa ia tidak di tahap melampau. Apapun, toksah kelahilah sebab perkara kecil. Kalau rasa tak sesuai bersama, lepas ni pergi solo macam Nabil. Tak ada gaduh-gaduhnya, kan?


You Might Also Like

0 comments

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.