apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

15.7.11

calon ke IPTA, semak cepat!

Assalamualaikum.....


Alhamdulillah, Nurul Ashikin berjaya mendapat tempat di UPM. Details tak tahu lagi sebab dia sedang bekerja di KL, jauh daripada mamanya, hehe...

Syukur sangat. Penat lelah dia bertungkus lumus belajar di Matrik dalam keadaan tidak sihat itu, berbaloi. Semoga anak keduaku ini terus memandang ke hadapan dan bertindak bijak. 

Oh ya, jika anda belum dapat keputusan, anda boleh semak di semakan keputusan ke ipta ini. Dengarnya, seramai 41,267 calon ditawarkan tempat untuk mengikuti Program Ijazah Pertama bagi sesi akademik 2011/2012 di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tahun ini.

Calon sudah boleh menyemak keputusan tawaran ke IPTA mulai 12 tengah tadi, dan IPTA akan mengeluarkan surat tawaran secara rasmi mulai esok (16 Julai). 

Selain alamat di atas, anda juga boleh lawati:
1. http://www.mohe.gov.my, 
2. http://ipt.uum.edu.my  
3.http://www.ipt.utm.my 

atau 
1. talian hotline 03-8883 5858,
2. Helpline 03-8883 5848 

atau SMS: 
UPU RESULT (no KP) dan SMS ke 15888. 
semua calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran oleh IPTA dalam tempoh tujuh hari iaitu pada atau sebelum 22 Julai. 

Calon yang gagal menerima sebarang tawaran boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh 10 hari selepas keputusan rasmi diumumkan melalui e-rayuan di laman web http://upu.mohe.gov.my. Tarikh tutup permohonan e-rayuan ialah pada 24 Julai. 

Tarikh pendaftaran pelajar baru ke IPTA ialah pada minggu pertama September.

sumber: BERNAMA 

4 ulasan:

  1. same ngan saye la kak...anak kak dpt kos ape?

    BalasPadam
  2. @ain, ops lambat jwb.. ntah human development.. gitulah

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.