apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

5.7.11

Bunuh dan bakar trend membunuh masa kini untuk melupus bukti

Assalamualaikum.....

Banyaknya kes bunuh di Malaysia sekarang!!! Bukan setakat bunuh pulak tu malah demi melupuskan bukti, si pelaku sanggup membakar mayat mangsa! Kejam sungguh!!!

Terkini kes seorang remaja perempuan berumur 16 tahun. Betapa pilu membaca tentang nasib malangnya.... Bayangkanlah,

Mangsa dibunuh kemudian mayatnya dibakar, bukan sekali tapi dua kali. Mayat mangsa, Nurrahayu Qomarodin yang dilaporkan hilang pada 18 Jun lalu oleh ibu bapanya dipercayai dibakar di dua lokasi berasingan iaitu Sungai Tiram dan Tanah Perkuburan Hindu, Masai bagi menghilangkan bukti.


Keadaan mayat mangsa yang merupakan anak seorang pengusaha kantin di sebuah kuari di Masai ditemui hanya tinggal cebisan rambut, baju dan selipar di tanah perkuburan berkenaan di antara pukul 4 hingga 5 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, berdasarkan laporan saksi, mangsa dikatakan dilarikan oleh seorang lelaki pada hari kejadian dan sejak itu tidak pulang ke rumah keluarganya.

"Pihak polis yang menjalankan siasatan kemudian mendapat maklumat daripada orang awam yang memberitahu menjumpai cebisan rambut, baju dan selipar di sebuah tanah perkuburan Hindu, Masai. Berdasarkan siasatan, kesemua barang bukti konsisten dengan kes kehilangan mangsa," 

Menurut Roslan, susulan penemuan mayat itu, pihaknya menahan seorang pengawal keselamatan berusia 46 tahun yang bertugas di kuari tempat bapa mangsa mengusahakan kantin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.