Langkau ke kandungan utama

Bersih, bersih, bersih. Popular betul perkataan ini, kan?

Bersih: KL milik rakyat, jumpa di sana esok (Foto AFP)

Assalamualaikum.....


Bersih: Nasihat Agong kejutkan pimpinan Umno (Foto AP)
Bila DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong beri 'kebebasan' dalam isu "Bersih", bukan main melenting ahli-ahli politik UMNO malah dalam kalangan menterinya, begitu berani mengkritik baginda. 

Maklumat daripada Malaysian Insider.

Katanya, menteri-menteri ni semua kecewa dengan keputusan Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, bila baginda sudi jumpa Ambiga. 

Ada yang kata wujud siri “tarik tali” waktu menyediakan titah kenyataan antara istana dan pentadbiran Najib sebelum Istana Negara mengeluarkan pendiriannya lewat Ahad lalu.

Seorang menteri Kabinet mengesahkan kepada The Malaysian Insider bahawa perbezaan pandangan wujud ketika mesyuarat Kabinet mingguan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Mereka merasakan Agong bukan merupakan sayap eksekutif dan Agong tertakluk kepada sistem raja berperlembagaan di mana beliau bertindak atas nasihat perdana menteri. Jadi, kebanyakan menteri merasakan bahawa ini dilakukan tanpa pengetahuan perdana menteri. Tetapi perdana menteri tahu, jadi sebenarnya, ia satu tanggapan salah,” 
Menteri itu menambah, persetujuan Agong untuk bertemu dengan Ambiga seolah-olah memberi gambaran bahawa baginda tidak mengiktiaf kedudukan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram sedangkan sebelumnya ia dah diumumkan haram. 

“Tetapi jika anda melihat dari sudut lain, Agong tidak bertemu dengan Bersih 2.0. Baginda membenarkan Ambiga sebagai seorang individu untuk bertemu . . . bukan sebagai wakil Bersih, sebab ia satu pertubuhan haram. Jadi, pertemuan Agong dengan Ambiga tidak menjadi Bersih 2.0 sebagai pertubuhan yang sah . . . ia tidak bermakna Bersih 2.0 kini sebuah pertubuhan yang sah. Tiada mekanismes sedemikian, anda masih perlu mendaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu,” kata menteri itu lagi. 

pendeknya, anda boleh baca di Titah nasihat Agong kejutkan pemimpin Umno

Sementara tu, dalam satu artikel online Wall Street Journal (WSJ) article bertajuk, “Running Scared in Malaysia”, bekas Duta Amerika ke Malaysia, John Malott kutuk parti pemerintah diketuai Najib dengan berkata, 
“Kerajaan gunakan segala cara agar dapat hentikan ralli pembangkang esok (has pulled out all the stops to prevent an opposition rally this weekend)”.

Ayat ni yang tak tahan tu! Bacalah! Tak dialihbahasa untuk mengekalkan keaslian.
“Mr Najib has undermined the authority of the King, who gave Bersih and its concerns credence by meeting with its leadership and calling for a negotiated solution,” 
- John Malott said, expressing in strong words his views of the current administration.

Semua orang tahu pengaruh Wall Street Journal. Laporannya (kritikan itu) mampu mempengaruhi dan memberi kesan ke atas hubungan dan pelaburan antara Malaysia dan negara dunia.
“This week, army units conducted crowd-control exercises with banners that said, ‘Disperse or we will shoot!’ The police set up roadblocks and arrested Malaysians simply for wearing yellow T-shirts, the signature colour of Bersih, a coalition of 62 non-governmental organisations, that demands changes in Malaysia's electoral system,” 
Malott cakap dalam artikel tu bahawa seramai lebih 250 orang penykong Bersih sudah ditangkap atas alasan,  
“waging war against the King.”
John Mallot highlight tentang Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin yang cuba mengurangkan ketegangan kedua-dua pihak dan menyeru PM dan Bersih to resolve their differences dalam suasana aman dan harmoni, serta bekerjasama demi kepentingan rakyat Malaysia. Menurut Mallot, apa yang Agong buat ni tak pernah dilakukan oleh Agong lain!

Apa lagi yang John Mallot suarakan? Anda boleh baca di Ex-US envoy accuses Najib of undermining King
Kita tunggu apa akan jadi nanti... bukan lama lagi pun... hanya beberapa jam saja, okey!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…