Follow Us @soratemplates

16.7.11

Bersemadilah dengan tenang

Assalamualaikum.....

Semalam, aku berkongsi kegembiraanaku dengan anda. Hari ini, kita berkongsi lagi. Namun kali ini, izinkan aku meluah kesedihan. Izinkan aku mengiringi pemergian seseorang yang aku kenali dengan air mataku ini. 

Usianya masih terlalu muda. Lahir dalam tahun 1988, tentulah terlalu muda, bukan? Ya, umurnya baru menjangkau 23 tahun. Pagi tadi, dia dijemput ILAHI. Dia pergi setelah hampir setahun bertarung dengan penyakit kanser. Sila ke Cancer: Mengapa mereka? Aku pernah tulis tentang anak ini, tahun lalu. 

Sewaktu doktor masih belum dapat mengesan penyakitnya dahulu, ibunya memberitahu bahawa anaknya itu sudah sebulan asyik demam malam. Selera makannya tiada, dan ketika memberus gigi, gusinya berdarah. Sememangnya itu ialah tanda-tanda seseorang menghidap kanser. 

Dari ALLAH kita datang, kepadaNYA kita kembali.

Innalillahi wainna ilaihi ro ji'un...

Al -fatihah...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.