apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

7.7.11

Bergetar jantungku....

Assalamualaikum.....

Man rubbing sore neck. (Creatas Images)
Dah banyak yang kita baca tentang tanda dan simptom penyakit jantung cuma terfikirlah jugak... ada tak tanda-tanda lain? Tanda-tanda atau signal yang mampu selamatkan kita...


Okey, ni antara tanda-tanda yang jarang diberitahu kepada kita tapi ia berlaku jika kita mengalami sakit jantung.   
"The heart, together with the arteries that feed it, is one big muscle, and when it starts to fail the symptoms can show up in many parts of the body," 
- petikan kata-kata cardiologist, Jonathan Goldstein of St. Michael's Medical Center in Newark, New Jersey. 

1. Sakit tengkuk
- anda rasa macam ada rasa tegang di tengkuk dan sakitnya agak lama. biasanya kita anggap tak ada apa-apa tapi memang itu tanda jantung kita bermasalah. kesakitan itu berterusan ke sekitar bahu juga turun ke anggota kiri tubuh.

Mengapa berlaku? 
Saraf dari tisu yang rosak hantar isyarat sakit tersebut ke spinal cord dan merebak ke sekitar tisu sepanjang tengkuk dan bahu.

Macam mana kenal pastinya?
Sakit tu menjalar segaris bukan di satu tempat (spot) saja dan tak hilang lepas urut atau bubuh ais pun!

2. Masalah seksual
-lelaki susah nak mengalami ereksi
"In recent years there's been pretty clear evidence that there's a substantially increased risk of heart attack and death in patients with erectile dysfunction," 
Kenapa berlaku?
Arteri di sekitar zakar mengecil dan mengeras, aliran darah terganggu. tanda ini boleh berlaku lama sebelum lelaki disahkan ada penyakit jantung.

Di hospital-hospital pada hari ini, sememangnya, sesiapa yang datang dengan masalah 'Erectile Dysfunction', ED, dianggap sebagai pesakit jantung...

3. Pening, pitam dan sukar bernafas
- ramai wanita mengalaminya. rasa susah nak bernyawa seolah-olah anda berada di tempat tinggi. mudah saja nak kesannya.... contoh, kalau anda sedang naik tangga tetiba rasa macam nak jatuh, hah, cepat jumpa doktor pakar jantung, ya!

Mengapa berlaku?
tak cukup darah beroksigen pergi ke jantung anda tu yang nak tarik nafas pun susah....

Okey, rasa sesak nafas tu hanya bila anda buat kerja ya. kalau berehat dia hilang sendiri...

4. Rasa nak muntah atau makanan tak hadam
- pelik bunyinya, kan? ini sepatutnya berlaku dalam perut. 

Apa kaitan? 
Menurut kajian, orang perempuan yang mengadu rasa di atas kebanyakannya ada masalah jantung. 

Macam mana? 
Lemak menyekat arteri alirkan darah ke jantung tapi kali ini sekatan turut pergi ke perut. rasa nak pitam, melayang-layang tubuh badan, loya... hmm! Seperti biasa, masa sakit...wow! Sakit bebeno tapi bila hilang macam tak ada apa-apa pula...

5. Sakit rahang dan telinga
Sentiasa berdenyut mungkin? Itu kunci kepada Coronary Artery Disease (CAD). kesakitan tu menjalar dari rahang ke telinga.

Macam mana kesannya?
Macam biasa... sakit yang menjalar terutama di bahagian kiri tubuh dan tak hilang walau dah bubuh dan sapu ubat-ubatan. 

Jika nak lebih maklumat bacalah di Surprising Signs of...

Susah nak translate, weh... rasanya elok baca di sana...

2 ulasan:

  1. hahaha translate sedikit begini pun sudah memadai kak sofi..thx for d very2 good info

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.