Follow Us @soratemplates

22.7.11

Apendiks

Assalamualaikum.....

Pernah mengalami sakit yang dinamakan apendiks? Macam mana? 

Ooo, begini tanda-tandanya: 

Kesakitan pada bahagian sebelah kanan bawah pusat hingga kadang kala menyebabkan rasa demam, rasa memulas, loya dan muntah-muntah.

Simptom lain - 

1. Perut rasa tidak selesa selepas makan dan berlanjutan hingga berhari-hari.

2. Terasa kelainan di dalam perut tapi anda tidak pasti sakit di bahagian mana yang lain tu...

Cara doktor diagnos apendiks? 

Biasalah.... buat ujian darah untuk melihat sama ada sel darah putih meningkat atau sebaliknya. Selepas itu baru ambil sampel air kencing untuk mengenal pasti penyakit secara tepat kerana penyakit kencing kotor juga mempunyai simptom yang sama.

Rawatan:

Pembedahan laparoskopi iaitu membuat potongan kecil yang dilakukan untuk kamera, manakala dua lubang lagi untuk peralatan umpama guna penyepit untuk menyingkirkan apendiks.

Inilah rupa apendiks yanng sudah di buang....

p/s:

Jangan percaya bila orang cakap, apendiks ni hanya kena pada orang yang suka makan pedas-pedas atau makan buah berbiji seperti jambu batu. Tak benar semua tu. Apendiks ni dihidapi bila anda tidak bernasib baik, itu saja...

1 ulasan:

  1. Apendiks ni mmg sakit sblh kanan bwh pusat ker?.sy rasa pedih2 kat bahagian sblh kanan

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.