apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

16.7.11

Aku Sudah Jatuh Cinta...

1

“Isk, ketepilah! Yang berdiri macam mak pacak kat lorong orang lalu lalang ni pasal apa?  Tepi!”

Nabila bukan saja diherdik di celah-celah orang ramai dalam Pasaraya Hari Hari itu, malah tubuhnya nyaris tidak terjatuh akibat terdorong ke hadapan, ditolak oleh tuan empunya suara. Belum sempat dia hendak menjerit kepada perempuan yang kasar itu, dua orang pengawal keselamatan sudah menghalang pergerakannya.

“Cik adik nak pergi mana?” tanya seorang yang berbadan tinggi dan sasa. Wajahnya garang tanpa segarit senyum diukir pada bibir.

“Err..?? Saya nak keluarlah.” Balas Nabila sambil mengerut dahi.

“Tak boleh! Awak kena bayar dulu.” Nyaring suara seorang lagi lelaki yang berpakaian seragam warna kuning.

Nabila merenung anak mata lelaki bernama Kumar  yang baru sahaja menyergah dirinya. “Tapi, saya tak beli apa-apa, encik.”

Kumar naik berang. “Woo, sudah curi lagi mahu cakap tarak beli apa-apa? Ini perempuan banyak jahat, aaa....!”

Nabila telan liur. “Encik cakap apa ni? Mana ada saya curi barang encik?” soalnya dengan wajah kemerah-merahan. Malu kerana waktu ini sudah ada yang berhenti untuk memerhati dirinya. Tak fasal-fasal pula kini dia menjadi perhatian orang ramai.

Tiba-tiba beg sandangnya ditarik dengan kasar oleh pengawal yang bernama Amran.

Nabila tersentak dan dia cuba merampas semula beg kesayangannya. “Encik, bagi balik beg saya tu!” pintanya.

“Ini apa? Ini baju T ada dua helai. Awak sudah bayarkah?”

Bulat sepasang mata Nabila. Wajah berubah pucat. Hati berdebar-debar. Yang jelas, dia sedang kebingungan.

“Kenapa diam? Kata tak beli apa-apa, kan? Jadi, semua ni awak nak curilah?”

Nabila segera menggelengkan kepala. “Sumpah, encik! Saya tak tahu apa-apa tentang baju T tu. Macam mana baju T tu boleh masuk dalam beg sandang saya ni?”

Lelaki yang tegap bernama Amran menunjal dahi Nabila sehingga gadis itu nyaris jatuh kali kedua. “Awak nak bohong pun tak pandai, tahu tak? Dah curi tu mengaku ajelah! Awak ingat baju T yang ada dalam beg awak ni boleh terbang masuk ke dalam beg tu?”

Malunya kena jerkah atas kesalahan yang dia tahu, tidak dilakukannya. Tapi, bagaimana dapat dia memberitahu sedangkan bukti seolah-olah sudah ada di hadapam mata?

“Polis dah sampai!” Suara seorang wanita melaung dari kaunter.

Diri Nabila yang dalam kebingungan itu ditarik ke pintu masuk oleh Kumar sementara si Amran memegang beg galas. Seketika kemudian Amran berjabat tangan dengan seorang anggota polis sambil ibu jarinya asyik menunjuk ke arah Nabila. Nabila yang masih terpinga-pinga akhirnya mendengar....

“Kita ke balai polis sekarang. Bagi saya beg galasnya. Baju T tu bahan bukti yang penting.”

Nabila meronta-ronta bila dirinya dipegang dengan kasar. “Sumpah, encik. Bukan saya yang buat. Saya bukan pencuri. Saya tak curi!” jeritnya. Air mata sudah menitis laju.

“Woit! Kau nak kena gari? Kena gari baru nak berhenti meronta? Dah, jangan banyak cakap! Ikut kitorang pergi ke balai. Jalan!”

Dari luar, seorang lelaki sedang memerhati kejadian yang berlaku sambil mengetap bibir. Bila melihat air mata itu menitis, hatinya terus disimbahi rasa kasihan. Ya, entah dari mana rasa simpati ini tetiba sahaja hadir. Mungkin kerana wajah polos itu kelihatan sangat takut? Ataukah kerana melihat gigil tubuh itu yang seakan-akan tidak mahu berhenti?

“Fuad, jomlah! Yang you tak gerak lagi ni, kenapa? You nak dia tu nampak muka I ni? Fuad! Fuad!”

Lelaki bernama Fuad itu mendengus keras. Dia segera menghidupkan enjin motosikal berkuasa tinggi, Six-cylinder BMW K1600 GTL miliknya. Hatinya tidak mahu pergi tapi, keadaan tidak selamat sekarang. Mereka perlu beredar, perlu tinggalkan kawasan itu sebelum sesiapa menyedari apa-apa. Bagaimana dengan perempuan itu, hati disoal. Ah, biarkan ajelah! Tak ada kaitan dengan dirinya sama sekali! Tidak ada langsung!!”
.........................

Ini cerpen ke tiga untuk anda yang sudah membeli e-bookku. Akan mula diposkan kepada anda mulai esok. Thanx. 

related link:


sofi.    

8 ulasan:

  1. assalam kak sofi..
    sesape yg x beli e book, xdpt bace cerpen2 kt cni la ye??

    BalasPadam
  2. adui... x sabar nak tunggu... mesti best.... thanks kak...

    BalasPadam
  3. akk dh x post cerpen kt sni dh la ye???
    smua kna beli e-book, bru blh bca???

    kirenya kt sni akk just update isu semasa je dan bukan publish cerpen @ novel???

    utk org yg msh bwh umur mcm sye ni mcm mn nk bli e-book???
    agak2 klo sy mnt pda mak sya dia nk bgi x???

    BalasPadam
  4. @miss_adikimi
    ada 5 cerpen yg anda x leh baca. skrg br siap 3. pastu kl kak sofi rajin, insyaallah akan ada cerpen2 baru untuk semua...

    BalasPadam
  5. @Anonymous
    hehe...
    cik anon, kak sofi update novel dan cerpen di sini tp hanya 5 cerpen sj yg jadi milik kak sofi dan peminat yg beli ebook. skrg br siap 3 utk mereka...

    jgn marahhh...

    BalasPadam
  6. @sofi
    thanks kak.. tp klo dah send bleh akak update kat blog tak.. sbb email sy selalu full takut terdelete plak...hehehehe

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.