apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

6.7.11

Abang, I ada syarat untuk you kalau you nak...

Assalamualaikum.....


Berkahwin itu umpama mendirikan masjid, kata orang. Merobohkan ikatan suami isteri umpama merobohkan masjid. Antara isu yang boleh dan sering merobohkan ikatan  sesuatu pasangan suami isteri ialah  poligami. Bila suami gatal nak kahwin lagi...

Bagaimanapun, kaum wanita boleh tersenyum lebar bila membaca artikel ini nanti. 

Menerusi laman Facebooknya yang dipetik agensi berita Jordan Fact International, Imam Masjid Al-Aqsa, Sheikh Dr Akram Sabri, berkata, wanita Islam boleh menolak poligami dan tidak berdosa, sekali pun agama Islam menghalalkannya. 
"Poligami tertakluk kepada beberapa syarat termasuk suami harus berlaku adil dalam setiap perkara termasuk nafkah zahir dan batin. Jika syarat ini tidak dipatuhi maka suami akan berdosa seperti mana firman Allah dalam Surah An-Nisa ayat 129," 
- katanya.

Antara faktor yang mengharuskan suami berpoligami mengikut syarak ialah: 
1. isteri tidak boleh melahirkan anak, 
2. isteri mengidap penyakit yang boleh mengalang suami bersetubuh dengannya,
3. suami mempunyai kemahuan seks amat tinggi 
4. berlaku peperangan yang mengorbankan ramai kaum lelaki sehingga bilangan wanita jauh lebih ramai

Begitupun, kalau suami tetap nak kahwin lagi, isteri tak boleh buat apa-apalah cuma kena pastikan syarat BERLAKU ADIL DALAM SETIAP PERKARA itu dipatuhi dan sebaik-baiknya pasangan suami isteri menandatangani perjanjian yang boleh digunapakai sekiranya suami ingkar di kemudian hari atau ada perjanjian terdahulu yang dibuat membuktikan pasangan berkenaan sudah menandatangani perjanjian tidak berpoligami.
"Dalam keadaan itu suami wajib mematuhi syarat tersebut," 
Mengenai pandangan bahawa isteri tidak boleh menolak poligami, beliau berkata untuk menentukan sesuatu hukum dalam Islam maka perlu merujuk kepada al-Quran dan hadis. 
"Kita tidak boleh menentukan sesuatu hukum dalam Islam itu hanya dengan mengikut kelakuan dan perbuatan sesetengah orang Islam. Lagipun, bukan semua orang Islam boleh dijadikan sumber rujukan untuk berhujah mengenai hukum Syarak," 
Semoga kaum lelaki yang membaca sedar bahawa kahwin lebih daripada satu sebenarnya menuntut pengorbanan yang bukan sedikit dan ingatlah, kalau anda tak boleh berlaku adil, nak makan pun tak cukup... lebih baik puasa ajelah untuk tahan nafsu yang membuak-buak tu!

4 ulasan:

  1. salam, cikgu sofi, berpoligami adalah salah satu impian dan kebanggaan lelaki...bila hati dah NNNAAAKKK sangat..dah tak peduli dah segala macam syarat...
    Tapi bagus juga kenyataan Imam tu..
    -che`leen-

    BalasPadam
  2. :) kak sofi mengulas mengenai sesuatu berita tapi kenapa tinggalkan ayat ini...

    'Bagaimanapun, beliau berkata, penolakan isteri itu tidak mewajibkan suami mematuhinya kecuali jika pasangan berkenaan sudah menandatangani perjanjian tidak berpoligami'...

    tak kira di pihak mana pun penulis, tp jgn ditinggalkan isi yg nmpak agak penting..:)

    http://www.bharian.com.my/articles/Wanitatolakpoligamitakberdosa/Article

    BalasPadam
  3. @Anonymous

    ingat tak perasan? perasan juga ya? ntah mcm mn tertinggal ayat tu??

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.