Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2011

Ramadhan, Solat Sunat Tarawih dan Wanita...

Assalamualaikum.....

Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah, kita berkesempatan lagi menyambutnya. Semoga Allah memberi kesempatan untuk kita memanfaatkan Ramadhan kali ini dengan semampu boleh. Moga Allah beri kita kesihatan yang baik untuk menyempurnakan amalan kerana mungkin Ramadhan ini adalah Ramadhan kita yang terakhir.
Malam ini, masjid-masjid di seluruh dunia pasti dipenuhi manusia, lelaki, perempuan dan kanak-kanak yang mahu mengerjakan solat tarawih di malam pertama Ramadhan. Indahnya pemandangan bila masjid-masjid dipenuhi dari hujung ke hujung, dari sudut ke sudut. Biarlah pemandangan ini kekal sehingga berakhirnya Ramadhan.
Apakah yang kita cari? Mengapakah Solat Sunat Tarawih begitu ingin dikerjakan? Apakah solat sunat Tarawih?
Solat Sunat Tarawih ialah solat pada malam bulan Ramadhan. Nama sebenarnya, seperti yang disebut oleh hadis sahih, ialah solat Ramadhan (Qiyam Ramadhan).
Tarawih adalah kata jamak bagi tarwihah, ertinya berhenti rehat. Qiyam Ramadhan ini dilakukan dengan …

Aku Sudah Jatuh Cinta sudah diposkan...

Assalamualaikum.....

e -cerpen, aku sudah jatuh cinta, sudah pun kak sofi hantarkan ke mail box anda. selamat membaca...

kepada yang berminat boleh ke halaman ecerpen ini untuk membuat pesanan...

atau kalau nak baca bab 1 Aku Sudah Jatuh Cinta, boleh buka halaman ASJC ini pula. cuma... GAMBAR DAH TUKAR, OKEY... HEHE..

sofi

p/s: bagi yang sudah buat pesanan dan bayaran tapi belum terima cerpen2 tu semua, boleh beritahu kak sofi ASAP, k! akan dihantar segera pada anda.

siapa pilihanmu?

Assalamualaikum.....

Ada orang tanya aku soalan ini:

Siapakah yang lebih beruntung? Orang Melayu yang menganut agama Islam sejak kecil tapi dia tu bukanlah jenis yang alim sangat atau seorang muallaf yang menemui agama suci ini di saat-saat akhir umurnya?

ada sesiapa nak tolong jawabkan, tak?

jawapan aku? entahlah sebab aku bukan ustazah....

kalau sudi beri pendapat... silakanlah!!

sofi.

Seorang lelaki membunuh 80 orang remaja di Oslo. Kejamnya!

Assalamualaikum.....

Kita di sini sedang gembira.Masih boleh mengukir senyum. Tapi tahukan anda bahawa di Oslo, Norway, ada yang bernasib malang?
80 orang dikhuatiri meninggal dunia, semuanya muda-muda. Bukan kerana Oslo ditimpa bencana alam seperti tsunami atau gempa bumi mahukan ribut salji. Semua mereka menjadi mangsa seorang pembunuh kejam yang menyamar menjadi seorang anggota polis.
Bagaimana lelaki itu melakukannya? Siapakah budak-budak yang menjadi mangsanya itu?

Kejadian berlaku sewaktu sekumpulan remaja berkhemah di bawah naungan sayap pemuda, parti buruh yang memerintah. Dijangkakan, hari ini, Sabtu, perdana menteri Norway akan berucap dan hadir di pulau tempat remaja itu sedang ber'camping'.

Malangnya, bencana tidak disangka-sangka ini menimpa mereka. Lelaki itu hanya berseorangan datang menyamar sebagai seorang anggota polis. Dia suruh semua anak-anak malang itu berkumpul. Ketika mereka tiba, dia terus melepaskan tembakan.Yang sadisnya, bukan sekali dia menembak se…

Nak Lembutkan hati si dia?

Assalamualaikum.....


ni tazkirah pagi Jumaat....


kadang-kadang, kita dapati anak kita sedikit degil. sebagai ibu, memanglah kita tak boleh berputus asa untuk mengubah sikap anak-anak kita ini. nasihat, cubitan, jegilan mata... kadang-kadang langsung tidak memberi kesan kepada mereka. apa nak buat lagi, ya?


seorang kawan memberikan petua ini. cubalah! insya Allah akan lembut hati mereka nanti...


1. dilakukan setiap kali usai solat asar


2. baca surah Alfatihah dan disedekahkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW


3. sedekahkan juga kepada arwah ibubapa kita, suami, anak-anak dan akhir sekali kepada kaum muslimin, muslimat yang hidup mahupun sudah meninggal


4. berdoalah kepada Allah, katakan pada Nya anda minta agar hati anak2 anda (sebut nama mereka berbin/bintikan anda) lembut, atau apa sahaja doa yang anda mahu untuk anak2 dan selepas itu bacalah ayat2 1 - 5 surah Toha... 7 x berturut-turut




5. Akhirnya, bacalah dua ayat terakhir surah at - Taubah..




jangan lupa bertawakkal kepada Allah kera…

Apendiks

Assalamualaikum.....
Pernah mengalami sakit yang dinamakan apendiks? Macam mana? 
Ooo, begini tanda-tandanya: 
Kesakitan pada bahagian sebelah kanan bawah pusat hingga kadang kala menyebabkan rasa demam, rasa memulas, loya dan muntah-muntah.
Simptom lain - 
1. Perut rasa tidak selesa selepas makan dan berlanjutan hingga berhari-hari.
2. Terasa kelainan di dalam perut tapi anda tidak pasti sakit di bahagian mana yang lain tu...
Cara doktor diagnos apendiks? 
Biasalah.... buat ujian darah untuk melihat sama ada sel darah putih meningkat atau sebaliknya. Selepas itu baru ambil sampel air kencing untuk mengenal pasti penyakit secara tepat kerana penyakit kencing kotor juga mempunyai simptom yang sama.
Rawatan:
Pembedahan laparoskopi iaitu membuat potongan kecil yang dilakukan untuk kamera, manakala dua lubang lagi untuk peralatan umpama guna penyepit untuk menyingkirkan apendiks.
Inilah rupa apendiks yanng sudah di buang....
p/s:
Jangan percaya bila orang cakap, apendiks ni hanya kena pada orang yang …

Aku Bukan Boneka

Kepada pembeli e cerpen ana sofiya, cerpen aku bukan boneka ini sudahpun siap. tunggu di emel box anda, okey.... selewat-lewatnya malam nanti!
selamat membaca!!!
Assalalamualaikum, aku tahu anda sedang menanti penuh debar, cerpen Aku sudah jatuh cinta, kan? Tapi, idea termelekat pulak dalam otak aku ni... dah dua hari x mahu keluar walau diperah. sudahnya, datang pulak idea baru. Maaflah, ya. bacalah dulu pengenalan cerpen Aku Bukan Boneka. 
harap anda suka... .................................
Wajah gadis jelita itu tampak bosan dalam keriuhan majlis yang dihadiri. Dia bersendirian mengelilingi meja hidangan, mencuit dan mencubit apa jua yang teringin dimakan. Malas dia hendak mengambil pinggan dan dia tahu, saat ini, tidak ada sesiapa yang menghiraukan perlakuannya. Tak siapa peduli! 
“Boring betul. Bila agaknya aku boleh balik ni?” desahnya perlahan. 
Sepasang mata memandang sekitaran, ingin mencari kelibat lelaki yang membawa dirinya ke mari. Dia ingin mengajak lelaki itu pulang. …

Aku Sudah Jatuh Cinta...

1

“Isk, ketepilah! Yang berdiri macam mak pacak kat lorong orang lalu lalang ni pasal apa?  Tepi!”
Nabila bukan saja diherdik di celah-celah orang ramai dalam Pasaraya Hari Hari itu, malah tubuhnya nyaris tidak terjatuh akibat terdorong ke hadapan, ditolak oleh tuan empunya suara. Belum sempat dia hendak menjerit kepada perempuan yang kasar itu, dua orang pengawal keselamatan sudah menghalang pergerakannya.
“Cik adik nak pergi mana?” tanya seorang yang berbadan tinggi dan sasa. Wajahnya garang tanpa segarit senyum diukir pada bibir.
“Err..?? Saya nak keluarlah.” Balas Nabila sambil mengerut dahi.
“Tak boleh! Awak kena bayar dulu.” Nyaring suara seorang lagi lelaki yang berpakaian seragam warna kuning.
Nabila merenung anak mata lelaki bernama Kumar  yang baru sahaja menyergah dirinya. “Tapi, saya tak beli apa-apa, encik.”
Kumar naik berang. “Woo, sudah curi lagi mahu cakap tarak beli apa-apa? Ini perempuan banyak jahat, aaa....!”

Nabila telan liur. “Encik cakap apa ni? Mana ada saya curi b…

Bersemadilah dengan tenang

Assalamualaikum.....
Semalam, aku berkongsi kegembiraanaku dengan anda. Hari ini, kita berkongsi lagi. Namun kali ini, izinkan aku meluah kesedihan. Izinkan aku mengiringi pemergian seseorang yang aku kenali dengan air mataku ini. 
Usianya masih terlalu muda. Lahir dalam tahun 1988, tentulah terlalu muda, bukan? Ya, umurnya baru menjangkau 23 tahun. Pagi tadi, dia dijemput ILAHI. Dia pergi setelah hampir setahun bertarung dengan penyakit kanser. Sila ke Cancer: Mengapa mereka? Aku pernah tulis tentang anak ini, tahun lalu. 
Sewaktu doktor masih belum dapat mengesan penyakitnya dahulu, ibunya memberitahu bahawa anaknya itu sudah sebulan asyik demam malam. Selera makannya tiada, dan ketika memberus gigi, gusinya berdarah. Sememangnya itu ialah tanda-tanda seseorang menghidap kanser. 
Dari ALLAH kita datang, kepadaNYA kita kembali.
Innalillahi wainna ilaihi ro ji'un...
Al -fatihah...




Sukarnya Memujuk...

"Saya rindukan awak, Lia. Rindu sangat-sangat!" bisik Hisyam manja.
Kata-kata Hisyam itu menyedarkan Maria daripada mimpi. Lantas dengan sekuat tenaga, ditolaknya tubuh Hisyam menjauh.
Hisyam kehairanan. Kenapa? Kenapa Maria menolaknya? Dia ingin menarik Maria ke dalam dakapannya semula, namun gadis itu semakin menjarakkan diri. Kata-kata yang keluar daripada mulut Hisyam menggambarkan kemarahan.
"Rindu? Awak rindukan saya, Encik Hisyam?"
Hisyam mengangguk.
"Selepas awak bermesra dengan perempuan tu? Awak ingat saya percaya?" soal Maria sedih.
Hisyam menghampirinya. "Sumpah, Lia. Saya…"
"Jangan bersumpah. Jangan bohong lagi. Saya tak nak dengar."
Hisyam cuba meyakinkan. "Demi Allah, saya tak bohong. Memang saya betul-betul rindu pada awak."
Maria menatap wajah Hisyam. Dia seolah-olah tidak mempercayai apa yang dikatakan oleh Hisyam.
Tiba-tiba Hisyam tersenyum. Nakal senyuman itu. Dia mengusik. "Cemburu ya?"
Maria menyepikan di…

calon ke IPTA, semak cepat!

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah, Nurul Ashikin berjaya mendapat tempat di UPM. Details tak tahu lagi sebab dia sedang bekerja di KL, jauh daripada mamanya, hehe...
Syukur sangat. Penat lelah dia bertungkus lumus belajar di Matrik dalam keadaan tidak sihat itu, berbaloi. Semoga anak keduaku ini terus memandang ke hadapan dan bertindak bijak. 
Oh ya, jika anda belum dapat keputusan, anda boleh semak di semakan keputusan ke ipta ini. Dengarnya, seramai 41,267 calon ditawarkan tempat untuk mengikuti Program Ijazah Pertama bagi sesi akademik 2011/2012 di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tahun ini.
Calon sudah boleh menyemak keputusan tawaran ke IPTA mulai 12 tengah tadi, dan IPTA akan mengeluarkan surat tawaran secara rasmi mulai esok (16 Julai). 
Selain alamat di atas, anda juga boleh lawati: 1. http://www.mohe.gov.my,  2. http://ipt.uum.edu.my   3.http://www.ipt.utm.my 
atau  1. talian hotline 03-8883 5858, 2. Helpline 03-8883 5848 
atau SMS:  UPU RESULT (no KP) dan SMS ke 15888. semua calon…

Kuningnya korneaku....

Assalamualaikum.....

Perhatikan sepasang mata yang kuning itu. Apakah anda fikir, dia lelaki yang sihat? Jawapannya tentulah tidak, kan? Itu pertanda anda dijangkiti hepatitis.
HEPATITIS, penyakit berkaitan hati yang semakin ditakuti. Ada hepatitis A, B dan C. Bilangan penghidapnya ramai malah di malaysia, anggaran 5% menghidap Hepatitis B kronik dan lebih kurang 2% lagi menghidap Hepatitis C kronik. Tahukah anda bahawa, hepatitis B dan C kronik disenarai sebagai salah satu punca utama kematian di dunia? 
Apa itu hepatitis? Sebelum kita pergi jauh menghuraikan hepatitis, ketahui dulu peranan hati dalah tubuh kita.
Hati - organ penting yang terletak di bahagian atas kanan abdomen (perut). Tugasnya:
1. Menyaring darah

2.  Membuat empedu, suatu zat yang membantu pencernaan lemak
3. Memproses dan mengikat lemak pada protein termasuk kolesterol. Lemak + protein = lipoprotein yang menyimpan gula selain  memberikan tenaga. 
4. Membuat protein-protein penting, seperti kebanyakan yang terlibat pada pe…

Perbicaraan kes Sosilawati

Assalamualaikum.....
Perbicaraan semalam, Selasa, 12.7. 2011.

Bekas suami allahyarham Sosilawati menjadi saksi pendakwa ke 24. dia beritahu mahkamah yang Sosilawati ada simpanan sebanyak RM40 juta. Wow, banyaknya!


Buhari turut beritahu bahawa bekas isterinya itu memang gemar berniaga jual beli tanah untuk mendapatkan keuntungan.
Manjeet: Tahun lalu, beliau kena tindakan sebab buat perjanjian tetapi tak mahu jual?
Buhari: Ya
Manjeet: Bila dapat tahu kes itu?
Buhari: Saya tidak tahu. Tapi saya mengendalikan kes itu sekarang. Bila beliau dah tak balik rumah, anak saya minta tolong dan kes itu sudah selesai. 
Manjeet: Bangunan itu sudah dijual kepada orang berkenaan?
Buhari: Ya.
Beliau juga memberitahu mahkamah, tidak tahu tanah itu dijual kepada syarikat milik seorang wakil rakyat, Datuk Abdul Rahman Palil atau kepada pihak lain.
Buhari juga memberitahu bahawa Sosilawati pernah membuat perjanjian pembelian tanah di Pulau Pinang dengan Muthuraja Allal Kathan pada 2008. Bekas isterinya itu pernah mem…

Seks: Wanita tua Vs Wanita Muda.... siapa lebih hebat?

Assalamualaikum.....
eh, hmm.... bayangkan kalau di usia separuh abad ini, aku bercinta dengan seorang lelaki muda, dan dia dukung aku macam dalam gambar di sebelah...huhu...
encik suami, jika anda baca ni, jangan marah, k! saya guna perkataan 'kalau' :)
trend selera masa kini berubah-ubah. jangan ingat bila usia anda dah senja, anda sudah tidak laku lagi. lihat saja kaum adam. yang tua dan lebih berusia dianggap matang dan lebih disukai untuk dijadikan calon suami berbanding lelaki muda yang sedang dalam kekalutan mencari identiti diri. 
tapi, mengapa ada segelintir lelaki muda lebih berselera dengan wanita tua? sehingga ada yang sanggup jadi anak ikan segala? di dalam satu artikel di blog encik suami, katanya....
ada 4 sebab mengapa berlaku begitu:- 
1. wanita tua lebih menikmati seks
- terutama yang sudah mantap ekonomi di pertengahan usia 30 an dan 40 an. lelaki muda yang di dalam kepalanya hanya fikirkan 'itu' saja... memang padanlah!
2. wanita tua lebih bijak dan positif