Langkau ke kandungan utama

wanita muda rela bermadu. jangan tak tahu....


assalamualaikum

hari ini, laporan khas utusan malaysia tentunya membawa khabar gumbira kepada suami-suami tetapi mengecilkan hati para lelaki yang masih bujang serta membuat semua isteri tidak senang duduk dan panas punggung! 

tajuk : Rela bermadu kerana kurang lelaki berkualiti


KUALA LUMPUR 13 Jun - 
Benarkah kekurangan lelaki bujang yang berkualiti menjadi antara punca golongan wanita muda kini 'merelakan' diri mereka bermadu?
1. pendapat Ketua Penolong Pengarah Kanan Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zawiah Hassan:
keterbukaan golongan wanita muda itu ada kaitan dengan kekurangan lelaki bujang yang berkualiti untuk dijadikan calon suami. berbanding lelaki berstatus suami orang yang rata-ratanya mempunyai kerjaya tetap dengan kewangan kukuh, kebanyakan lelaki bujang masih 'terumbang-ambing'.
"Sejak akhir-akhir ini memang ketara kecenderungan wanita muda untuk menerima poligami. Trend ini barangkali wujud ekoran kestabilan ekonomi golongan lelaki berstatus suami orang berbanding lelaki bujang menyebabkan mereka merasa terjamin seandainya menjadi isteri kedua, ketiga mahupun keempat. Apatah lagi, melihat kebahagiaan rumah tangga si lelaki yang sudah berkahwin. Faktor-faktor ini sedikit sebanyak mendorong wanita muda merasakan mereka juga berpeluang untuk hidup bahagia seperti madu-madunya yang lain," katanya. 

2. pendapat pensyarah di Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Khaidzir Ismail:
pemikiran wanita muda yang semakin terbuka untuk berkongsi suami secara tidak langsung menyebabkan trend berpoligami kian meningkat.
"mungkin disebabkan faktor gaya hidup, tahap pendidikan serta pekerjaan." Katanya. 

Rela hidup berkongsi kasih atau bermadu kini menjadi trend bagi wanita berusia di bawah 30 tahun. Kaji selidik rambang utusan malaysia terhadap 400 responden sekitar ibu kota mendapati, walaupun jumlah menentang poligami melebihi kumpulan yang menerima, namun golongan wanita muda tidak lagi kisah hidup bermadu. 

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Ratna Roshida Ab. Razak berkata, perkara itu menjadi trend sekarang kerana wanita muda inginkan lelaki yang banyak pengalaman dan boleh menjaga rumahtangga dengan baik.
"Suami orang lebih matang dan berpengalaman tentang soal perkahwinan berbanding lelaki yang belum berkahwin. Apa yang dilihat pada hari ini, kadar penceraian yang tinggi berlaku di kalangan wanita yang berkahwin dengan lelaki muda kerana mereka tidak pandai mengawal emosi."

haruskah merasa diri tercabar? aduhaiii...

Ulasan

  1. kalau nak ambik hak orang, semua wanita muda cipta pelbagai alasan termasuklah sggup bermadu..tp bgaimana pula perasaan yg pertama? relakah dimadukan? hurm....

    BalasPadam
  2. @puteri_kebayan
    x leh nk kaata pape sbb ni survey yg dibuat utusan malaysia, k!

    BalasPadam
  3. pada saya wanita muda mcm ni nak ambil jln mudah je nak hidup senang (tak semua mcm tu, saya tau)

    kebanyakkan suami ada juga yg tak berapa stabil masa mula2 kawin & si isteri sanggup sama bersusah payah semata-mata nak tlg si suami. bila da hidup senang & stabil tetiba ada plak wanita muda nak masuk line. tak adil mcm tuh. terase tak dihargai langsung

    BalasPadam
  4. @Sumi

    tapi kalau perempuan nak, lelaki x nak, x jadi juga kan?

    BalasPadam
  5. cuma berkorban/ujian sikit je iaitu berkongsi tp ganjarannya syurga x mau ke?

    BalasPadam
  6. Anonymous, x taula...belum diuji sebegitu, x boleh nk jwb...maaf

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…