Langkau ke kandungan utama

Untuk anda yang sedang mencari kerja yang sesuai...

Assalamualaikum.....

adakah di kalangan anda yang masih mencari pekerjaan? tersenarai di bawah ialah kerja-kerja kosong yang mungkin anda boleh pohon kerana bersesuaian dengan diri, penampilan dan kelulusan anda. dan, lebih menjaminkan masa depan kerana ini kerja gomen... 

jom tengok senarai:

1. kalau nak jadi jurutera awam dan pengawal keselamatan di Kolej Universiti Islam Melaka, anda boleh layari KUIM. yang ni tarikh tutup ialah pada 27.6.2011.

2. PENOLONG PEGAWAI SAINS (C27) di The Malaysian Cohort, Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia 
Tarikh tutup pada 28.6.2011

3. Pengawal Keselamatan di Asrama Toh Puan Norashikin. sila ke laman web Yayasan Selangor untuk maklumat lanjut. tarikh tutup 15.7.2011

Ada banyak lagi job untuk anda pilih. lawat aje blog cari kerja ini. 

Ulasan

  1. salam hai saya ingin meluahkan tentang saya , saya seorang rabun mata.. sejak lahir lagi.. saya ni agak lambat membuat kerja.. kelulusan cukup cukup mkn ... ape pekerjaan ynag sesuai untuk saya, sebab saya dah banyak kali tukar kerja..

    BalasPadam
    Balasan
    1. buangkan rasa rendah diri. tanamkan dalam hati yg anda boleh lakukan apa saja kerja. yg penting usaha. dan kemahuan. jangan risau pada kekurangan diri tapi cari apa kelebihan yg ada untuk anda bermula. just do it, okay!

      Padam
  2. nizam. okay saya cube usaha mane kerja yang sesuai... tapi kadang-kadang pernah satu ketika bosan mencari kerja yang sesuai sampai 3 bulan tak kerja... tapi insayallah saya cube usaha

    BalasPadam

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…