apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

29.6.11

Umur 18 tahun dah nak kahwin? Gatalnya!

Assalamualaikum.....

Agaknya itulah yang emak bapak akan jerit bila anak dara mereka yang baru berumur 18 tahun sibuk minta dirinya dikahwinkan. 

"Mak, orang nak kahwin ngan Mad. Mak bapak dia nak masuk meminang. Diorang nak datang merisik dulu minggu depan!" 

Mesti berasap kepala mak bapak!

"Kamu ni!!!! Umur kamu baru 18 tahun dah gatal nak kahwin? Belajar pun tak habis lagi! Masak pun tak reti! Kemas katil pun herot petot, ada hati nak menikah? Ni, sah! Mesti dah kena ilmu pengasih ni!"

Persoalannya ialah, salahkah kalau anak kita minta dikahwinkan? Mengapa kita marah sangat dengan permintaannya? 

Mana lebih baik?

Kahwin muda dan halal ke sana ke mari berdua antara lelaki dan perempuan kerana mereka suami isteri dan kita tak perlu risaukan mereka 

atau

Umur 23, 24 atau 27 sekalipun namun masih ingin menikmati zaman 'kapling'. Berdua-duaan juga ke sana sini, bezanya, hubungan masih ajnabi.... ada batas-batas yang perlu dijaga!

tepuk dada tanya iman, kata orang sekarang... so sebelum menjerkah anak gadis yang baru berumur 18 tahun yang nak menikah, fikir dulu ya wahai emak dan ayah??

8 ulasan:

  1. bia la kahwin awal yg pnting halal..
    itu lebih baik.
    =D

    BalasPadam
  2. sayapun kahwin 16 tahun, tapi bkn saya yg minta tau, mak abah yang jodohkan. sebab? suami saya da'i, abah pulak ada pesantren, jadi bolehlah saya terima alasan mak abah yg inginkan perkahwinan demi dakwah. masalah tu ada (tak ada yg tak punya masalah kan?) tapi alhumdulillah secara umum rumahtangga kami langgeng...
    bila kita menolak dulu, mak kata, "tak takut ke dengan sabda nabi: "Apabila seseorang yang kalian ridhai agama dan akhlaknya datang kepada kalian untuk meminang wanita kalian, maka hendaknya kalian menikahkan orang tersebut dengan wanita kalian. Bila kalian tidak melakukannya niscaya akan terjadi fitnah di bumi dan kerusakan yang besar.” (HR. At-Tirmidzi no. 1084, dihasankan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Al-Irwa’ no. 1868, Ash-Shahihah no. 1022)
    ~Lala

    BalasPadam
  3. Betul2...hehehehe

    xkan la nak heret sane sini anak dare org kan,xelok ngeeee :)

    BalasPadam
  4. islam menggalakkan umatnya kahwin d usia muda. tp, kahwinlh dgn cara yg btl dan elok yg tdk melanggar syarah. wallahu'alam. =)

    BalasPadam
  5. @hana, btol jugak tu! elak maksiat...

    BalasPadam
  6. @Anonymous, terima kasih.. perkongsian yg sempurna

    BalasPadam
  7. @pembaca, kwenlah jika cukup syarat...

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.