Luahan

apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

Assalamualaikum..... berebut-rebut! istilah yang sinonim dengan orang-orang malaysia. contohnya. 1.  manusia yang berebut-rebut nak naik ...

ulat nombor pun ada

By Jun 22, 2011

Assalamualaikum.....

berebut-rebut! istilah yang sinonim dengan orang-orang malaysia. contohnya.
1. 
manusia yang berebut-rebut nak naik lif

atau

2. 
berebut-rebut nak naik kereta api

3. ni yang terbaru... 
KECOH...pegawai MBPJ mengawal keadaan.
berebut tapak berniaga di bazar ramadan




macam yang aku kata, berebut-rebut tu dah memang sebahagian fenomena masyarakat malaysia. dan dalam berebut-rebut itu, pasti ada pula manusia yang suka mengambil kesempatan. 

anda percaya atau tidak? dalam sebahagian mereka menunggu sejak tengah malam untuk dapatkan borang tapak bazar ramadan itu, ada ulat nombor yang bijaksana, membuat nombor palsu dan kemudian menjual borang pada harga berkali ganda daripada harga tapak sebenar. 

mak aiii.... mengapa ada manusia begini dalam dunia? 

mujur, ada maklumat ini yang diberitahu pegawai berkuatakuasa...
Timbalan Setiausaha MBPJ, Ahmad Mahayin Said, berkata pihaknya mengeluarkan borang berkenaan mengikut jumlah petak disediakan dan setiap borang diaudit Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
cuba bayangkan, ada individu yang menawarkan penjualan satu borang berharga RM300 sedangkan mereka hanya perlu membayar RM5 untuk mendapatkan borang terbabit.

bila agaknya rakyat malaysia boleh jadi lebih berdisiplin?


You Might Also Like

2 comments

  1. Emmm.... ramai jugak yg taknak berebut² utk duduk di saf paling depan tiap kali solat di surau atau masjid :)

    BalasPadam
  2. @SatuJutaIdea
    betul tu! nak jumpa tuhan pun tak nak berebut pulak? kan?

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.