Langkau ke kandungan utama

tweet ganti court?

bulan januari, 2011, dia tweet ini:
pada petang hari yang sama, dia tweet ini pula:
"I would like to formally & unequivocally apologise to Blu Inc and Female mag for my tweets earlier today. All inconveniences are regretted."
siapa dia? dia seorang aktivis, Fahmi Fadzil yang ada lebih 4,000 pengikut Twitter yang juga merupakan setiausaha politik kepada Parti Keadilan Rakyat vice-president Nurul Izzah Anwar.

apakah harga yang terpaksa fahmi bayar kerana membuat tweet fitnah itu?

syarikat yang difitnahnya, publisher BluInc Media Sdn Bhd menyuruh Fahmi hantar 100 tweets dalam masa tiga hari sebagai pertukaran ia menjadi kes mahkamah. Fahmi setuju untuk tweet. katanya,
"I've defamed Blu Inc Media & Female magazine. My tweets on their HR policies are untrue. I retract those words & hereby apologise."
semasa dihubungi, fahmi cakap, dia bertanggungjawab atas tindakannya dan dia bernasib baik sebab pengikut twitternya sangat-sangat menyokong malah ada yang nak tolong tweetkan mesej mohon maaf tu. 
"I don't feel embarrassed. I believe I have to be responsible for the things I say and do," 
perancangannya, dia akan tweet setiap 35 minit dari akaun twitternya. 

peguam Fahmi, Syahredzan Johan cakap, ini mungkin kali pertama tweets digunakan sebagai kaedah penyelesaian sesuatu kes. 
"If nothing, this tells us we should be aware of the repercussions of our words. Twitter doesn't exist in a vacuum, laws extend to it as well," 
so, kita semua kenalah ingat tu. nasib naik kena tweet. kalau masuk penjara?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…