apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

3.6.11

TMKH - hati Hisyam bergetar



Tak Mungkin Ku Hindar
ms 5, 6
Maria semakin mendekat. Lelaki itu pula sudah bersedia untuk meninggalkan tempat parkir itu.
Oh tidak! Tunggu!
Pantas tubuh lelaki itu dipaut Maria. Lengan dicengkam. Dalam satu nafas, Maria berkata, “Maafkan saya, tapi encik aje yang boleh tolong saya sekarang. Tolong berlakon jadi teman lelaki saya, ya? Saya tak ada masa nak terangkan. Cuma, saya harap janganlah hampakan saya. Bukan lama pun, kejap aje. Tolong saya. Please...
Hisyam terkejut, kebingungan seketika. Tangan yang sedang mencengkam lengannya, diperhati. Perlahan-lahan pandangan dialihkan sehingga seluruh wajah yang terlalu hampir dengan dirinya itu diteliti. Perlahan-lahan juga, sebuah senyuman tersungging di bibir nipis.
“Berlakon? Jadi apa? Teman lelaki awak?” Suara garau Hisyam menyapa telinga Maria. “Sekarang? Tapi, siapa yang nak tengok kita? Boyfriend awak ke?”
            “Bekas!” tegas Maria.
          “Oh, Let me see! Dia nak awak balik pada dia, tapi awak tak nak. Betul?” Hisyam meneka. Rasa teruja tiba-tiba.  
Huh, banyak soal pulak mamat ni. Hisy, setujulah cepat. Jangan nak membebel, nanti jenuh aku kalau Irwan datang sini, marah Maria dalam hati.
            “Bawak saya jumpa dia.”
            Yes!
Kegembiraan itu tidak lama. Maria tersentak bila secara tiba-tiba, tangan kiri lelaki itu sudah melingkari pinggangnya. Dia benar-benar terkejut.
“Eh, awak ni? Melampau betul! Yang tak pasal-pasal awak peluk pinggang saya ni, kenapa?” marah Maria. Matanya dijegilkan. Tangannya yang sedang memaut lengan lelaki itu sejak tadi, serta-merta dilepaskan. Bagaikan terkena renjatan elektrik.
            Hisyam menjongketkan kening. Senyuman sinis terukir di bibir.
Eii... perempuan ni. Yang dia peluk aku tadi, tak apa. Pegang tangan aku macam tak nak lepas-lepas tu, okey pulak. Mengada-ada betullah...   
“Tadi awak jugak yang suruh saya jadi kekasih awak... Cuba awak tengok tu...” ujar Hisyam sambil mulut dijuihkan ke kawasan persekitaran. Kepada pasangan-pasangan yang nampaknya tidak segan-silu berpeluk-pelukan di khalayak ramai.       
“Kita kena buat macam gitu jugak.” Hisyam mengusik.
“Itu dia orang, bukan saya,” balas Maria tegas.
Hisyam sengaja mengerutkan dahi. “Habis nak terus berlakon ke tidak ni?” Wajah serba salah Maria ditatap tajam.
Maria diam tidak berkutik.
“Saudari, saya ada hal ni. Kalau awak dah tukar fikiran, tak apa. Saya...”
          Maria tergamam bila Hisyam ingin melangkah pergi. Sambil itu, dia menoleh pula ke belakang. Satu keluhan kedengaran. Irwan masih di situ, masih setia menjadi pemerhati. 
.............................
nak baca lagi? alah, belilah novel kak sofi nih. hehe.... RM22.90 di semenanjung dan RM25.90 di sabah dan sarawak, di kedai-kedai buku berhampiran anda. kalau x ada, just order online di order@fajarnovels.com.my.

selamat membaca....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.