apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

22.6.11

Telefon bimbit - mengganggu tumpuan!

Assalamualaikum.....


sekarang ni ramai yang ada telefon bimbit. muda atau tua, dewasa atau remaja, semua mesti bawa handset ke mana-mana. dah jadi trend. dah jadi kemestian. tak boleh tidak. 

kadang-kadang, kita rasa terganggu terutama jika telefon itu berdering ketika kita sedang berada dalam bilik mesyuarat. 

bayangkan... kita punyalah khusyuk mendengar bos bercakap tetiba... tu dia, lagu linkin park berbunyi! tak sakit ke telinga? hehe....

yang paling hampeh tu, si pemilik selamba derkk aje menjawab panggilan. kalau suara tu perlahan, maaf juga. tapi, ada yang macam pakai loud speaker pula! haihh....

lepas ni kena syorkan supaya, semua telefon bimbit dimatikan dan diletak atas meja bos ketika mesyuarat. senang...

cuba bayangkan situasi ini, 

anda sedang menyaksikan konsert maher zain. tetiba telefon bimbit orang lain berbunyi di sekeliling anda. anda rasa terganggu tak? sebenarnya, masalah gangguan bunyi telefon bimbit ketika konsert semakin meluas dan mencapai tahap “wabak.” 

apa nak buat?

jom kita denda pemilik telefon bimbit tu! ambil dan campak! telefon dengan tuan-tuan dia sekali. amacam?

hehe..pagi-pagi dah ganas!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.