apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

20.6.11

senyum

Assalamualaikum.....
julia roberts - antara wanita-wanita yang dikatakan mempunyai senyuman paling menawan di dunia. mungkinkah kerana bila dia tersenyum, senyuman itu terbias ke dalam sepasang matanya yang galak? mungkin kut??

Dari Abu Dzar ra, Rasulullah SAW bersabda: 
"Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah"
(Riwayat Bukhari dari Kitabul Adab)....
senyum
senyum yang ikhlas lahir daripada hati amat menyenangkan orang lain bila memandangnya.

sejak dulu, ogy aadalah di antara wanita-wanita yang suka kulihat bila dia tersenyum. bagi aku, senyumannya bagai menggambarkan perasaannya. ikhlas dan mempesona. 

senyum,
senyum penting agar dapat memberikan rasa nyaman kepada orang lain. Rasulullah saw pernah memotivasi para sahabatnya tentang makna senyuman itu.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah berpesan, 
“Janganlah kalian menganggap remeh kebaikan itu,  walaupun itu hanya bermuka cerah pada orang lain,”
senyum,
senyum menjadi terapi yang menyejukkan diri sendiri dan orang lain. senyum mampu mengusir duka dan mendamaikan hati.

ada berbagai jenis senyum. senyum sejati mewakili perasaan kerana ia lahir dari perasaan. Ia hadir secara spontan, tidak dipaksa-paksa. senyum ketika mendengar berita gembira, termasuk dalam senyum sejati. 

senyum juga boleh menguntum hasil daripada perasaan kecewa dan sedih. sekadar menutupi kekecewaaan. sekadar menyembunyikan kesedihan. 

Senyuman dusta, merupakan senyum yang dipaksa-paksa. Ia tiada jiwa. ia tidak mendamaikan. dan orang yang melihat terus dapat merasa bahawa senyum itu tiada keikhlasan.

senyum,
senyum itu amat dahsyat! walaupun ia mudah dilakukan namun... 
bukan mudah untuk melahir senyum yang ikhlas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.