apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

3.6.11

selepas jepun, amerika pula! takziah kepada yang kehilangan.

Sebuah akhbar di Timur Tengah secara terang-terangan berkata: 
"Kerajaan Amerika sibuk menyerang kami di Afghanistan, Libya dan Mesir, sekarang anda lihat mereka gelisah apabila diserang teruk oleh angin puting beliung."
Sememangnya, amarah alam adakalanya tidak terduga oleh manusia. tapi, rasanya, tak baiklah kita memadankan muka kepada amerika. yang melampau dan ganas sesangat tu. yang menyerang sana sini tu askar dia yang diarahkan oleh pemimpinnya, tapi, rakyat? macam kita juga kan? kalau kita yang ditimpa bencana, orang padankan muka kita. sedih tak? tentu sedih, kan?

sejak April lalu, rangkaian angin kencang ribut petir terlebih dulu membinasakan Alabama, Louisiana, Kentucky, Georgia, Arkansas, Virginia, Tennessee dan Mississippi sebelum kejadian di joplin pada mei, baru-baru ini. 

Dalam laporan The Guardian UK, lebih 450 nyawa rakyat di tujuh buah negari di AS melayang. Amukan alam itu disimpulkan sebagai yang paling bahaya direkodkan sejak tahun 1953 dan terburuk sejak tahun 1974.

rentetan peristiwa yang berlaku di PUSAT Perubatan Daerah St. John, Joplin, Missouri, Amerika Syarikat (AS) pada malam 21 Mei lalu amat memilukan. 

seperti biasa, pusat rawatan itu dipenuhi dengan petugas dan pesakit. tiba2, loceng amaran sistem bencana berbunyi tanpa henti. Meskipun ditegah oleh petugas hospital, seorang pesakit lelaki bersungguh-sungguh menjenguk ke luar jendela untuk mengetahui apa sebenarnya yang terjadi. Sejenak jendela dibuka, desiran angin kuat telah melibasnya hingga membuatkan lelaki itu terpelanting. Melihat keadaan itu, jeritan ketakutan semakin kuat didengari di setiap sudut bangunan sembilan tingkat itu.

Tingkap hospital satu persatu pecah. Pukulan langsung angin ribut itu juga telah menyebabkan hampir keseluruhan pintu tercabut. Bukan itu saja, semua kelengkapan seperti katil, kerusi mahu pun alatan perubatan melayang entah ke mana.

Doktor dan jururawat tidak berdaya berbuat apa-apa. Mereka juga terperangkap. Rantaian manusia yang cuba diusahakan terputus dek kerana angin puting beliung menderu dengan kadar yang sangat luar biasa.

Saksi kejadian yang juga seorang jururawat, Misty Hicks berkata, ketika itu keseluruhan bangunan bergegar.
"Secara tiba-tiba, bangunan menjadi gelap, semua berselerak di atas lantai, alatan kaca pecah dan menusuk tubuh kami," 
Seorang lagi pekerja hospital, Robert Kuhn mengisahkan cerita yang begitu menyayat hati. Sambil menangis dia berkata kepada The New York Times: 
"Saya melihat seorang pesakit mati apabila jururawat gagal menyambung alat pernafasan kerana wayar itu sudah terputus."
Difahamkan, terdapat 183 pesakit kritikal sedang dirawat di pusat perubatan itu dengan enam daripadanya maut dek bencana itu.

Pukulan badai yang melanda Joplin yang diduduki hampir 50,000 penghuni disifatkan bencana puting beliung yang kelapan paling bahaya dicatatkan. 142 nyawa dilaporkan terkorban. Menurut laporan AFP, angka korban dijangka akan meningkat. 

Puting beliung yang telah mewujudkan laluan hampir 10 kilometer (km) panjang dan 1.2 meter (m) lebar, dianggap satu yang di luar jangkauan pakar. puting beliung di bandar itu adalah fenomena yang dikenali sebagai 'kepelbagaian putaran'. ia jarang berlaku dan mengandungi dua atau lebih angin taufan dengan bukaan angin yang luas. 

Meskipun amaran dikeluarkan 24 minit sebelum puting beliung berlaku, itu dianggap lewat. Penduduk juga tidak cukup masa apatah lagi, untuk penyelamat melakukan sesuatu. sekelip mata, lebih 8,000 infrastruktur termasuk pasar raya besar Walmart, pusat perniagaan, gereja, pusat perubatan, sekolah termasuk ratusan rumah kediaman musnah diterbangkan oleh angin selaju 316 km per jam. Bandar Joplin umpama padang jarak, padang tekukur. Sesetengah berpendapat, keadaan di sana seperti mengulangi pemandangan sewaktu Perang Dunia kedua.

Reuters melaporkan, impak daripada itu, tiga perempat bandar Joplin lumpuh. Ribuan kediaman terputus bekalan elektrik selain saluran gas pecah sehingga memicu kebakaran. Lebih parah, talian komunikasi bermasalah apabila 17 menara telefon tumbang. 

Para penyelamat termasuk 2,000 tentera mengerah kudrat selama 24 jam menghulurkan bantuan. Namun, mereka sendiri dilanda trauma tidak terhingga apabila seringkali menemui mayat dalam keadaan mengerikan. Ada mayat yang putus beberapa anggota badan, ada yang berada di dalam kereta yang terbalik, di bawah timbunan besi dan tidak kurang dihempap dengan tin.

Dalam laporan The Guardian UK, lebih 450 nyawa rakyat di tujuh buah negari di AS melayang. Amukan alam itu disimpulkan sebagai yang paling bahaya direkodkan sejak tahun 1953 dan terburuk sejak tahun 1974. Kerajaan pimpinan Obama sendiri juga menganggarkan rantaian bencana itu menelan kerugian kira-kira RM18 bilion.

Buat pertama kalinya juga, Bandar Joplis diisytiharkan darurat oleh Gabenor Missouri, Jay Nixon. Bagaimanapun Nixon menegaskan, ancaman puting beliung belum berakhir. Beliau menasihatkan agar semua penduduk sentiasa mengikuti laporan kaji cuaca terbaru serta mematuhi arahan pasukan kecemasan.

begitulah, Allah Maha Mengetahui Terhadap Sesuatu. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.