apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

26.6.11

Sekali Lagi...

Assalamualaikum.....

Tengok video dulu. Trailer movie, Sekali lagi.... 


Sekali Lagi...

"Sekali Lagi..." 

Cerita tentang Arman (Shaheizy Sam), lelaki yang ada autism, kenal dengan sorang budak perempuan comel nama Amy (siapa lagi kalau bukan Mia Sara). Amy yang cerdik dan berdikari lama-lama mengajar Arman untuk menjadi seorang yang lebih berdikari dan konfiden dengan dirinya. 

Satu hari Arman jumpalah dengan emak Amy, Sheila, lakonan si cantik molek Lisa Surihani. Bayangkan, Arman jatuh cinta pada Sheila? Sheila pula masa tu dah ada pak we, si tinggi kacak Faris (Bront Palarie). Rasa-rasanya, mahu tak Sheila pada pesakit autism ni? Sanggupkah dia melepaskan Faris untuk Arman?

Mesti seronok tengok Shaheizy Sam berlakon autism. Ehh.... macam citer SRK ke ha? My name is Khan? Versi Melayu? 

Tak pe! Yang penting, cara Melayu, gaya Melayu! 

Selamat menonton!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.