apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

19.6.11

secangkir madu, sepahit hempedu!


Assalamualaikum.....

berbicara tentang poligami memang tak pernah habis. ia satu topik yang cukup hangat. wanita pasti melenting mendengar perkataan madu itu. dan....
kebanyakan isteri lebih sanggup bercerai daripada bermadu. 
mengapa?

Sebabnya, bermadu hanya untuk suami mengecap kebahagiaan bersama isteri baru sedangkan isteri tua hidup merana. 

Itu anggapan kebanyakan wanita bila tahu suaminya ingin berpoligami. Semua marah dan akan membenci bila ada wanita lain ingin meng 'ambil' suaminya.

ada orang kata, pahit atau manis hidup bermadu terpulang kepada individu itu sendiri menerimanya. iya ke? 

kita semua tahu bahawa di dalam sesebuah rumah tangga itu perlu ada kejujuran, keikhlasan dan persefahaman. janganlah apabila suami beristeri baru atau kahwin lagi, jari hanya menuding pada sang suami. tapi, betulkah hanya suami aje yang salah? kena ingat juga, tiada siapa akan tahu cerita dalam kelambu, kecuali pasangan itu sendiri dan Allah yang maha mengetahui.

isteri-isteri,
satu jari dituding kepada suami tapi empat jari lagi menuding diri sendiri. kan? kita mungkin rasa kita perfect dalam layanan kita, dan sering tertanya-tanya apa salah kita. tapi, sebenarnya, kita memang tahu salah kita, cuma kita tak mahu mengaku aje. setuju?

sering, apabila suami berkahwin lain kita akan sesedap rasa memanggil insan sejenis kita sebagai betina perampas dan memanggil suami pula sebagai jantan gatal.

hakikatnya, pernahkah kita selami hati suami kita? atau pernahkah kita tanya kenapa si dia rampas suami kita?  

rasanya, semua wanita tak ingin malah tidak pernah terfikir untuk bercerai selepas berkahwin dan kebanyakan wanita tidak ingin berkongsi kasih tapi jika sekiranya sudah takdir, dah tersurat qada dan qadar bahawa suami akan memadukan isteri, atau ada wanita yang bakal menjadi isteri kedua suami kita, mudah cakap, kalau dah jodoh, walau ke mana kita lari dan bersembunyi, jodoh itu tetap menghampiri. 

perpisahan lebih baik jika isteri benar-benar tidak sanggup dimadu. betulkah? bagaimana dengan anak-anak? tegakah memisahkan kasih sayang ayah dengan anak-anaknya?

ni pendapat seorang wanita....
''Saya tidak bersetuju jika anda kata suami tak bahagia dengan isteri pertama. Bahagia adalah perasaan dalam diri sendiri. Jika tidak bahagia mengapa harus bersama lagi? Kalau alasannya kerana sayangkan anak-anak, itu alasan paling lemah." 
malah, ada yang kata, lelaki yang beri alasan tak bercerai kerana anak adalah lelaki yang lemah yang tidak berani menghadapi kenyataan.

memang, memang anak-anak tidak bahagia melihat ibu bapa yang sentiasa bertengkar, bergaduh dan tidak bertegur sapa. memang, pertengkaran memberi impak negatif kepada mereka. 

tapi, apakah perceraian jalan terbaik menyelesaikan masalah? 

ada yang kata, apa susah? lepas cerai, si ayah masih boleh menghubungi, melawat, memberi nafkah kepada anak-anak dan meluangkan masa bersama mereka. itu adalah lebih baik daripada memberikan mereka gambaran palsu dan berpura-pura bahagia sedangkan hakikatnya, tidak. 

entahlah.... sesekali aku rasa, kita ni selfish. lebih mementingkan diri berbanding anak-anak kita. 

ada yang marah? komenlah....




10 ulasan:

  1. BERMADU...
    Bagi seorg isteri madu itu pahit !!! Betul ke? Kalau baca dan tonton dlm drama @ filem, ya memang pahit. Manisnya hanya pada suami. Itu bg yg bermadu mengikut nafsu, bukan mengikut sunah. Selagi suami menjlnkan t/jawap pd isteri dan anak2 serta berlaku adil, itu lebih baik dr dia buat maksiat kat luar dan saham dosa sisuami kita dpt sama. Sebagai suami yg nak bpoligami belajar dulu t/jawap yg harus dipikul bila berpoligami, kerana suami seorg pemimpin, khalifah, p/bimbing yg akan memimpin,membimbing dan role model utk anak2 dan isteri2 kita. Belajar apa itu berkemampuan, apa itu keadilan, apa itu t/jawap seorg suami kpd isteri2 & anak2

    BalasPadam
  2. @Anonymous
    komen anda sungguh bererti. dalam kata lain, suami kena cermin diri sebelum berniat kahwin lagi. biarlah benar2 mampu menyempurnakan tanggungjawab dan takutkan Allah, jangan fikirkan sedap aje.

    BalasPadam
  3. kite tdak boleh meniding jari pd siapa2. hakikatnya, kita tdak tahu ape yg berlaku sbnarnya. setiap org ade crita mereka yg trsendiri.

    BalasPadam
  4. @Anonymous
    dlm sebuah r/tangga, hanya suami isteri itu sj yg tau apa yg menyebabkan suami kahwin lain. setuju...

    BalasPadam
  5. memang benar poligami hak suami,hal dlm kelambu suami isteri aje yang tahu tapi hakikat suami poligami mencari kebahagiaan hati kepada yang lain bagaimana pulak kebahagiaan hati isteri.bukankah sisuami mementingkan diri sendiri dan bukankah tanggungjawab suami untuk mendidik dan membetulkan keadaan.dimanakah kelebihan yang Allah bagi kepada kaum adam ini.polagami bukan untuk semua orang.berpoligami semata2 lari dari masalah bukanlah syarat yang boleh dibanggakan.sedangkan rasullah bertegas kepada Ali untuk tidak memadukan puterinya Fatimah.cuba direnungkan tindakkan baginda ini.ingatlah para suami,seandainya isteri masuk syurga,anda juga berpeluang.sekiranya isteri masuk neraka semestinya anda diheret sama.kepada para suami,sedangkan anda tak mampu menjadi nakhoda untuk sebuah kapal inikan pulak nak handle 2 kapal,alamatnya dua2 karam.sy pernah berjumpa dengan hambaallah yang berpoligami,apabila ditanya, bahagiakah?terkejut sy dgn jawapannya ialah poligami ini dalam 10,yang sedapnya 1 aje,yang 9 semuanya sama.klu masa bleh diputarkan,akan setia kepada 1.sebab skrg hidup sy x serupa org.fikir2 lah

    BalasPadam
  6. @Anonymous, kalau rasa layak..kahwinlah..tp selalunya, yg x layak yg nk kahwin sgt. tulah pasal! lelaki ....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul,,macam saya skarang..suami menemui cinta baru dan saya hanya mampu brdoa & brsabar tp semakin saya mendiamkan diri suami dah tak ambil peduli hal saya dan anak..dlm sehari langsung x pernah msg,call 1x sehari (alasan nak jimat duit.).tu pun tanya anak je..asyik saya je yg nak kn bgtau sebab kita ni isteri,nak kuar beli brg bgtau,nak belu brg sekolah dnak bgtau..dr situ saya dah nampak..belum lg berkahwin tp berat sebelah dan x mampu jg rasanya..bila ditegur katanya "awak tetap isteri saya dunia akhirat tp yg dia nu belum dapat lg jd nak kena sentiasa ambil tahu la"..itu katanya..pedih jawapannya..tapi untuk kes begini apa yg patut saya buat???

      Padam
  7. Kalau ikut perintah Allah dan tahu soal tanggung jwb, poligami pun boleh bahagia...Kalau hukum Allah tak pernah nak diendahkan, monogami pun boleh hancur..
    Pokoknya bukan isu poligami atau monogami tetapi sejauh mana ketaatan individu itu terhadap perintah Allah.
    Allah yg mengizinkan poligami, maka sudah tentu ada hikmahNYA yang mungkin tidak mampu tercapai oleh akal manusia terutama manusia yg jauh dari Allah..

    BalasPadam
  8. Anonymous, x tahu nak cakap apa, komen anda sungguh menyengat! :)

    BalasPadam
  9. Intan Maizura Mohamad,
    yang dapat kak sofi katakan... bersabarlah. dan berdoa. pohonlah pada Dia keadilan. pinta Dia tunjukkan jalan. Hati anda yang tak tenang itu perlu mencari Dia dalam solat dan membaca Quran. Kesedihan itu hanya Dia yang mampu ubati. ingatlah yang Dia sentiasa ada untuk Intan, ya.

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.