apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

14.6.11

salah siapa bila harga kuih naik?

harga gula naik 20 sen. harga minyak pun naik juga, kan? so kalau harga bahan mentah penting tu naik, salahkah  jika penjual kuih naikkan harga kuih diorang? dan bila harga kuih naik, siapa yang kena keluar duit lebih? kitalah! kita yang membeli ni! haihh....


bagi yang jual kuih ni pula, ada yang cuba kecilkan saiz kuih, ada yang masukkan hampas kelapa ganti isi kelapa dalam kuih berinti seperti cucur badak dan ketayap, ada yang kurangkan gula. memanglah dah kurang enak  tapi soalnya mestikah kita marahkan mereka? 

tapi aku nak salute kat orang kelantan. sebab? diorang x nak kurangkan gula dalam makanan tradisional mereka. 

Pengusaha kuih tradisional itu dikatakan tidak boleh mengurangkan gula dalam adunan masakan kerana dikhuatiri makanan kegemaran masyarakat itu tidak lagi enak dan manis.

alternatif  yang mereka buat di Pasar Siti Khadijah, ialah, contoh: akok yang sebelum ini dijual pada harga RM1 bagi empat biji, kini hanya tiga bagi harga sama. begitu juga kuih yang lain. 

aku selitkan nasihat Presiden Persatuan Pelindung Pengguna Negeri Kelantan (PELINDUNG), Ahmad Othman, berkata kenaikan harga gula perlu dilihat dari aspek kesihatan oleh pengguna. 
“Saya nasihatkan pengguna supaya mengurangkan makanan manis sekali gus mencari alternatif lain dengan mencari kuih yang kurang menggunakan gula, antaranya karipap, murtabak mini, kuih lapis,”
hehehe.... gelak sinis!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.