apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

21.6.11

sabo aje laa...

Assalamualaikum.....


"Saya hairan mengapa keputusan kes sama ada saya melakukan khalwat atau tidak sekali lagi ditangguhkan. Keadaan ini seolah-olah menganiaya dan mahu ‘memerangkap’ saya."

aku pun kesian juga dengan bekas pemain badminton negara ni. dah lama kes dia dengan isteri orang tu tertangguh-tangguh. 

tak faham aku dengan mahkamah syariah ni. kang kalau dikutuk, marah. tapi, kalau tak dikutuk, macam nilah...asyik menangguhkan kerja walaupun seremeh-remeh kes. lepas tu heboh dan bangga buka pejabat sampai malam.... padahal kalau ikut etika kerja betul-betul, tak perlu semua tu. buat kerja betul-betul dari jam 8 pagi hingga 5 petang, no hanky-panky, pasti lebih efisien!
"Saya tidak puas hati apabila pegawai Jawi memberitahu mereka masih belum menemui apa-apa keputusan kerana kes itu masih dalam siasatan. Tapi hati saya terdetik apa lagi yang mahu disiasat sedangkan tiada penangkapan khalwat dibuat ketika itu,"
sabo aje laa....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.