apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

9.6.11

RM yang banyak duit...

 
aku geram betul dengan kelab real madrid! gerammm sangat! sebabnya, kelab ni pantang tengok ada pemain bola yang hebat, mulalah nak rampasnya! menci!

marah aku meluap-luap sebab yang dia nak tackle ni si chicharito, yang dah jaringkan 20 gol untuk Manchester United. arghh, lihatlah ya, bila banyak duit. siap suruh MU letak harga lagi. huh! 

tapi nasib baik! Javier Hernandez/chicharito tak gelap mata. 

dalam BH, chicharito cakap, dia akan menolak tawaran Real Madrid dan puncanya, penyerang lincah itu terhutang budi kepada pengurus pasukan Manchester United, Sir Alex Ferguson.


Pemain itu sendiri tampil menyuarakan, semalam, betapa dia tidak terpikat dengan tawaran daripada kelab gergasi Sepanyol itu yang ghairah mahu mencari penyerang berkualiti untuk memburu gelaran Liga Juara-Juara Eropah buat kali ke-10.

“Saya berterima kasih kepada Ferguson untuk membawa saya ke kancah kejohanan Eropah dan saya mahu memenangi banyak lagi trofi untuk pasukan yang melonjakkan nama saya musim ini,” kata pemain Mexico berusia 23 tahun itu.


“Motivasi saya amat tinggi selepas melalui satu musim hebat bersama United.”

Sebelum ini Real meminta United meletakkan harga mereka ke atas pemain bergelar Chicharito itu tetapi bimbang dengan perkembangan itu, The Red Devils sanggup meningkatkan tiga kali ganda gaji mingguan kepada £75,000 (RM367,500).

Penyerang lincah itu yang dibeli dengan nilai £6 juta (RM30 juta) dari Chivas sudah menyumbat 20 gol musim ini. - The Sun

hmm..... cuba kalau MU tak naikkan gaji dia. rasa-rasanya, sama tak tindakan budak muda ni?

2 ulasan:

  1. sekarang xkot.. tp maybe 3 or 4 dia lari.. mcm cristiano Ronaldo... dia skrg still xpower sgt.. kebnykan gol nasib a.k.a kelakar... tp in 2 year, dia boleh jadi mcm ronney....

    BalasPadam
  2. @Anonymous
    tp sikap rm mmg buat sakit hati aje.. mcm kaya sgt, kan?

    BalasPadam

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.