apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

19.6.11

puting beliung di mersing

Assalamualaikum.....


pusaran puting beliung. 

kalau sebelum ni, puting beliung memusnahkan amerika (boleh baca di sini) , semalam, di mersing, pun berlaku puting beliung juga.  

puting beliung itu menghala ke arah Teluk Buih, tetapi tempiasnya cukup untuk merosakkan beberapa gerai di pasar lambak Jalan Makam, Mersing (menyebabkan hampir 10 khemah peniaga rosak bersama puluhan bot gentian kaca milik nelayan diterbangkan angin). 

SEBUAH bot nelayan tersadai di jeti kerana diterbangkan puting beliung di pangkalan Teluk Buih, Mersing, semalam.
Kejadian berterusan kira-kira 10 minit itu adalah yang kedua dalam tempoh seminggu di daerah ini dan menggemparkan penduduk sekitar Kampung Air Papan dan Teluk Buih. Walaupun tiada kemalangan jiwa, sekurang-kurangnya empat bot nelayan musnah dan bumbung jeti pangkalan Teluk Buih diterbangkan angin kencang. 
Bot yang berat itu mampu diterbangkan angin bagaikan kertas yang melayang sebelum jatuh menghempap jeti. 
alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.