Langkau ke kandungan utama

puas

Assalamualaikum.....


malam ni kita sembang tentang hubungan suami isteri. dan tiap kali nak cakap tentang 'perkara intim ini' kenalah hati-hati. kalau terlalu terbuka, nanti orang cakap 18SX pulak.... 

aku nak cakap tentang erti kepuasan. menikmati hubungan suami isteri. ia sesuatu yang sukar disentuh. 

kita semua tahu bahawa melakukan hubungan seks merupakan ibadah dalam rumahtangga seorang muslim. ada beberapa hadis rasulullah saw yang mencatat doa-doa dan tatacara 'hubungan' oleh pasangan Muslim/Muslimah agar mendapat barakah kehangatan dan kenikmatan hubungan suami isteri itu di samping dapat melahirkan anak-anak yang soleh/solehah.

puaskah anda setiap kali bersama suami? wahhh... soalan cepu mas tu!! jawab dalam hati, ya!

percaya tak kalau aku cakap bahawa tidak semua hubungan intim antara suami isteri berakhir dengan kenikmatan? kepuasan? mungkin suami puas tapi isteri? 

ya, isteri....

ada isteri yang tidak mencapai kepuasan tapi berpura-pura menikmatinya. 

kenapa berpura-pura? 

sebab bukan semua suami tahu membezakan keadaan isterinya yang 'puas' ataupun yang 'pura-pura puas'. hmm...

mengapa ada isteri yang berpura-pura menikmati? berpura-pura mencapai orgasma? 

antara sebab-sebabnya ialah:

1. tak mahu kecewakan suami
alasan yang selalu digunakan isteri. 
Wanita memahami bahawa lelaki akan merasa gagah dan bangga jika dia berjaya membuatkan pasangannya mencapai puncak kenikmatan. 
- biasanya, setiap kali selesai melakukan hubungan intim, lelaki akan bertanya adakah pasangannya puas. isteri yang baik akan mengangguk sambil tersenyum. 
- suami pun tersengih tentunya. bahagia suami, bahagialah si isteri, kan? 

2. isteri tak pernah cuba memahami apa itu orgasma
- nama saja kahwin bertahun-tahun, tapi isteri yang berada dalam kumpulan ini sebenarnya tidak memahami apa yang dialaminya ketika mencapai kenikmatan tersebut. bila tak faham, bolehkah tahu? susah kan kita nak jawabnya?

3. isteri nak cepat selesai
- ni bila dapat suami kayu. dia tak kira sama ada isteri dia tu mood elok ke tidak, cergas ke letih atau mengantuk ke...  jadi biasanya si isteri merelakan dalam paksa. isteri yang baik tidak pernah menolak kemahuan suami, kan? jadi, berpura-puralah 'puas'. senang! boleh suaminya pun.... dan dia dapat berehat. 

5. isteri tak sanggup dituduh menjadi 'tunggul mati'
- malulah, kan, kalau suami sergah macam tu! jadi, walaupun sedang stres, atau masih trauma dengan kisah lalu (mungkin si isteri ini mangsa rogol dulu!), isteri akan berpura-pura klimaks kerana takut dianggap tak mampu.

pesan sofi:
jadilah diri sendiri dan jangan berbohong. cakap pada suami kalau anda tak puas. minta dia bersabar sikit. berterus terang adalah lebih baik. nikmatilah setiap saat sewaktu bersama suami. hargailah dirinya dan hargailah diri anda juga. orgasma memang penting namun ia akan lebih bermakna jika anda menikmati sepenuh jiwa dan raga setiap detik bersamanya.

thanx: 

Ulasan

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…