apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

6.6.11

Penggunaan istilah pelacur keterlaluan – Nooh Gadut

Penggunaan istilah pelacur keterlaluan – Nooh Gadut

sebelum baca yang di bawah, sila baca di sini dahulu. nanti tak faham, susah!

KUALA LUMPUR 5 Jun - Penggunaan istilah ‘pelacur kelas pertama’ oleh Naib Presiden Kelab Isteri Taat, Dr. Rohaya Mohamed untuk menggambarkan layanan yang harus diberikan isteri untuk mengelak suami terjebak dengan kegiatan tidak sihat adalah keterlaluan.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut berkata, ini kerana perkahwinan dalam Islam bukan sekadar untuk memenuhi keperluan seks, tetapi turut diiringi beberapa perkara lain.
“Perkahwinan juga berlandaskan kasih sayang, untuk mendapatkan zuriat serta mencari ketenangan jiwa. Perkahwinan adalah satu ibadat dan perlu faham matlamatnya,” 
Beliau berkata demikian mengulas ‘peringatan’ Rohaya yang meminta isteri supaya patuh dan memberi layanan kepada suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ supaya suami mereka tidak beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan seks.

Difahamkan, kelab yang mempunyai 800 ahli di negara ini ditubuhkan oleh Global Ikhwan Sdn. Bhd. yang sebelum ini dikaitkan dengan kumpulan Al-Arqam yang diharamkan kerajaan kerana membawa ajaran sesat.

Menurut Nooh, suami yang mempunyai hubungan sulit dan mencari hiburan di luar bukan disebabkan oleh dorongan seks semata-mata.
......................................

alhamdulillah, bukan aku aje yang naik hantu dengan dr rohaya tu malah ramai lagi berpendirian yang sama. dan bila Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut  menegur, harap-haraplah dr rohaya ni mahu mengaku kesilapan dan memohon maaf kepada semua perempuan-perempuan terutama para isteri. 

dan semoga di lain kali, dia berfikir dengan tenang sebelum mengeluarkan kenyataan bodoh seperti itu. 

sumber: um

2 ulasan:

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.