apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

11.6.11

penangan smurfs


pernah tengok citer kartun smurf masa dolu-dolu? 

hehe... teringat masa aku mengandungkankan hayat, anak sulung aku tahun 1988, inilah kartun kegemaranku. smurfs.... 

haha..jangan gelak! ehh, mungkin ada yang cakap, mujur anak kak sofi tak biru huhu...

tapi, smurf dah jadi fenomena lakk... baca...


MADRID - Bandar Juzcar di selatan Sepanyol dicat dengan warna biru bagi meraikan pelancaran filem Smurfs yang dibintangi penyanyi Katy Perry.
Sebanyak 4,200 liter cat dan tenaga 12 penduduk tempatan digunakan untuk mengecat rumah dan bangunan di bandar tersebut sejak kelmarin.
Seramai 250 orang tinggal di bandar itu manakala Datuk Bandar Juzcar, David Fernandez Tirado berkata, orang ramai sudah menggelarkannya Papa Smurf.
Syarikat Sony yang mengeluarkan filem tersebut memilih bandar berkenaan sebagai lokasi tayangan perdana The Smurfs 3D pada 16 Jun ini.
Smurfs merupakan cerita kartun mengenai makhluk kerdil berwarna biru yang disiarkan buat kali pertama di televisyen pada 1981.
Ia disiarkan 30 tahun selepas pelukis kartun dari Belgium, Pierre Culliford menghasilkan komik smurfs. - Agensi
ingat nak gi tengoklah...rindu!....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.