apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

22.6.11

peluang keemasan untuk orang ganu..rebutlah!

Assalamualaikum.....



anda orang terengganu? pandai buat karangan bahasa melayu? muda? umur tak kurang daripada 21 tahun?  belum pernah berkahwin serta mempunyai pendapatan tidak melebihi RM1,500 sebulan? dan yang paling penting anda sedang bercadang untuk mendirikan rumah tangga tahun ini?

anda layak! 

mesti ada yang tak sabar-sabar nak tahu, layak untuk apa? betul tak? 

layak untuk ditaja sepenuhnya majlis perkahwinan anda dan pasangan anda. 

syarat? mudah aje...

1. siapkan karangan bertajuk, "Kenapa saya layak dipilih...." (tidak kurang daripada 300 patah perkataan)
2. salah seorang daripada pasangan itu nanti perlu berusia tidak kurang daripada 21 tahun  
3. bermastautin di Kuala Terengganu. 

nama program: My Idol, Raja Sehari 1Malaysia, 1Pasangan anjuran UMNO Bahagian Kuala Terengganu.

hasil: 
1. Sebanyak 10 karangan terbaik akan dipilih mewakili 10 pasangan yang terdiri daripada lapan pasangan Melayu dan masing-masing satu pasangan berbangsa Cina dan India dalam program ini.
2. Majlis akad nikah untuk program itu akan diadakan pada 16 September ini di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam manakala 
3. jamuan rakyat yang turut dihadiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said pula akan diadakan di Dataran Shahbandar di sini sehari kemudiannya.
4. wang saku sekurang-kurangnya RM5,000 diberi kepada setiap pasangan
5. Setiap pasangan akan diberikan satu khemah khas dan 
6. mereka juga dibenarkan menghantar jemputan kepada 1,000 tetamu bagi memeriahkan majlis.

Borang:
Borang untuk menyertai program itu boleh didapati di pejabat UMNO Bahagian Kuala Terengganu di Jalan Gong Kapas .

Tarikh tutup: 17 Julai, 2011.

apa tunggu lagi? rebutlah peluang keemasan ini, ya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.