Langkau ke kandungan utama

Menjaga orang sakit

Assalamualaikum.....

Anda pernah jaga orang sakit tak? Anak? Suami? Isteri? Emak? Bapa? Kalau pernah, tentu anda tahu apa perasaannya, kan? 

Mula-mula jom kita baca adab menjaga orang sakit.

· Aspek rohani
1. Memberi peringatan bahawa sakit adalah sebahagian daripada ujian Allah
2. Menasihati pesakit supaya bersabar dan tabah menghadapi ujian Allah
3. Mengingatkan pesakit supaya menunaikan solat lima waktu

· Aspek emosi
1. Menggunakan tutur kata dan bahasa yang lemah lembut
2. Memahami keperintannya menaggung kesakitan
3. Melayan pesakit dengan mesra dan menunjukkan muka yang manis

· Aspek fizikal
1. Memastikan pesakit bersih tubuh badan, pakaian dan tempat
2. Menghantar pesakit ke tempat rawatan yang sesuai
3. Mengingatkan pesakit supaya makan ubat seperti yang dijadualkan

Apa jadi kalau kita tak beri perhatian kepada orang sakit?
1. Kita menambahkan penderitaan dan kesakitan yang ditanggungnya.
2. Kita akan menyebabkan orang sakit berputus asa untuk terus hidup 


Orang selalu melontarkan simpati apabila mengetahui seseorang itu didiagnosis menghidap sesuatu penyakit, lebih-lebih lagi jenis penyakit yang kritikal seperti barah. Tapi tahukah anda bagaimana perasaan orang yang dekat dengan pesakit? Apa perasaan ibu bila anaknya sakit? Atau apa perasaan adik bila kakak sakit? 

Kadang-kadang orang tak endah perasaan yang menjaga padahal, sebenarnya orang yang menjaga orang yang sakit terpaksa berdepan dengan pelbagai kerenah. Leteran, kemarahan, rajuk, tangis semua.  

Tanpa kita sedari, rasa simpati dan rasa belas itu hanya difokuskan kepada ‘derita’ empunya badan yang menanggungnya sahaja tanpa memikirkan kemelut emosi yang terpaksa dilalui oleh si penjaga pesakit atau caregiver.

Penjaga pesakit merupakan seseorang yang menguruskan pesakit yang bergantung sepenuhnya atau bergantung separa untuk hal-hal pengurusan diri.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa penjaga pesakit juga berdepan dengan banyak masalah terutamanya dari segi emosi tatkala menjaga ahli keluarga yang memerlukan perhatian mereka.

Bukan mahu mengeluh mengenai khidmat yang dicurahkan atau menganggap amanah itu sebagai beban, penjaga pesakit juga berhadapan dengan isu tersendiri.

Mereka sebenarnya memerlukan kekuatan bagi mengurus pesakit yang dijaga tanpa mengabaikan penjagaan diri mereka sendiri.

Banyak kemelut emosi dan fizikal yang mereka rasai tidak dapat dilihat secara zahir. Penjaga pesakit turut berdepan dengan keadaan yang mengundang stres, rasa bersalah dalam diri, takut, murung, kelesuan dan sebagainya.

Kesimpulan, apakah yang sangat perlu ketika menjaga seorang yang sakit?

Jawapannya..... sabar. Ya, bersabarlah! Allah ada untuk kita mengadu apa-apa saja kepadaNya. 



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cerpen: Dia Idaman Jiwa

1
“Hi, boleh aku duduk kat sini?”

Aliah mendongak. Demi terpandang sahaja wajah itu, air mukanya terus berubah. Riak tidak senang ditunjukkan kepada lelaki itu.

“Cepatlah jawab! Senang aje soalan aku tu. Boleh, jawablah boleh...”

“Kalau saya jawab tak boleh?”

Abid terus menarik kerusi yang bertentangan dengan gadis itu.

“Aku tetap duduk sini jugak.” Balasnya sambil tersengih-sengih.

“Macam tak ada tempat lain!”

“Banyak! Sana kosong. Tu, di belakang kau tu pun kosong. Tapi, aku saja aje nak duduk depan kau. Dah sebulan aku cari kau tapi tak jumpa-jumpa. Alhamdulillah, hari ini dapat juga. Kau apa khabar? Sihat?”

Aliah tidak menyahut. Sebaliknya, dia terus menyuap dan kali ini suapannya sengaja dilajukan, tidak lagi menikmati nasi campur yang dimakan. Ketika itu, dia hanya berkeinginan untuk cepat-cepat menyudahkan makan tengah harinya supaya dia dapat pergi dari situ dengan segera. Dia tidak mahu mengadap muka lelaki yang kini sedang berada di hadapannya walau sehebat, sekacak mana se…

Yang Terakhir: Versi Cerpen

1
“Kau dah habis fikir ke, Khairi? Perempuan macam Najiha tu kau nak bawak ke majlis Annual Dinner kita? Tak malu ke nanti bila orang gelakkan kau?” tanya Hafiz sambil mengerutkan dahi. Dia keliru dengan sikap Khairi Iqbal. Rasanya, selama mereka berkawan, belum pernah walau sekali pun, Khairi memuji gadis yang seorang itu. Gadis yang bernama Izzatul Najiha. Tup tup, hari ini, dia buat keputusan hendak menjadikan Najiha pasangannya semasa majlis kemuncak nanti. Hisy, pelik betul!
“Malu, memanglah aku malu! Tapi aku cuma nak gunakan dia saja. Nak buat Amalina cemburu.” Balas Khairi sambil menyisip air lemon perlahan. Sejuk rasa kerongkongnya bila air itu menerobos masuk ke dalam rongga.
Mata Hafiz buntang. Kepala tergeleng-geleng.
“Kenyataan kau tu lagi buat aku tak faham! Kalau kau nak buat Amalina cemburu, kau patut bawak perempuan lain. Bukan si Najiha yang macam hantu bungkus tu!”
Terlambak tawa Khairi Iqbal mendengar kata-kata sahabat baiknya itu. Hantu bungkus? Si Najiha tu?…

Inikah Cinta? : Versi Cerpen

1

"Ouch!"

Cepat-cepat Janet menghisap jari telunjuk yang terhiris tadi. Setelah kesakitan itu hilang, dia segera membasuh jari itu. Dia kemudian mengelap lalu membalut luka dengan plaster.

"Sakit? Itulah pasal. Mak Nah dah cakap, biar mak Nah aje yang buat tapi Janet degil sangat. Hendak jugak main-main pisau," sindir orang gajinya menyebabkan Janet ketawa besar.

"Inilah yang orang cakap, luka di tangan nampak berdarah. Luka di hati tak siapa tahu. Kan, mak Nah?"

Mak Nah melepaskan keluhan sebelum mencuri pandang ke arah wajah ayu di sisinya yang kini sedang tunduk dan berpaling ke arah lain. Hati mak Nah kini turut melagukan irama sedih yang pasti sedang berdendang dalam hati Janet. Biarpun sudah lama ia berlalu, pasti kenangan itu hadir kembali sebaik rangkap pepatah itu diungkap. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula kisah cinta penuh keindahan. Ke mana hendak dicampakkan?

"Dah enam tahun... dia tentu dah lupakan saya. Tentu dah kahwin…