apa yang nampak, apa yang rasa, apa yang dengar

15.6.11

mengenali bahasa tubuh lelaki. yang mana pilihan anda?

Assalamualaikum.....

kata orang, untuk mengenali seorang lelaki mungkin mudah berbanding perempuan. mengapa? ooo, mudah aje!

sebab lelaki itu lebih simple. 

ada yang dah ternganga? hehe....

percaya atau tidak, dengan hanya pergerakan tubuh atau bahasa badan si dia, kita dapat mengungkap segala yang ada pada diri seorang lelaki.

tak percaya? baca info di bawah ini:


1. Menganggukkan kepala
Ketika anda berbual dengan seorang lelaki dan dia mengangguk-anggukkan kepala, itu membuktikan bahawa dia seorang yang mengambil berat dan sentiasa mengingati anda. Dia juga mudah memberikan bantuan apabila anda memerlukan pertolongan.

2. Mendekatkan badan.
Apabila seorang lelaki itu mendekatkan badannya kepada anda ketika berbual, dia adalah lelaki yang menarik dan mampu membuatkan ramai orang tertarik padanya. tetapi kadang-kadang si dia bersikap keterlaluan.

3. Merenung
Opss! berhati-hati ya. Lelaki jenis ini terlalu mengharapkan pertolongan daripada individu di sekelilingnya. kalau boleh, dia mahu dirinya 'ditawarkan` dengan cinta, persahabatan dan kerjaya kerana tak mahu sibuk mencari-cari.

4. Mengerakkan tangan dan badan
Lelaki ini memberahikan,  bertanggungjawab dan mempunyai rasa cinta yang sungguh mendalam. yang best tu, si dia juga beranggapan kata-kata tidak cukup untuk membuktikan kesucian cinta jadi setiap gerakan tangan dan badannya adalah bukti kesungguhan dirinya terhadap pasangan. dia juga seorang yang sensitif dan baik hati.

5. Suka berdiri
Apabila bercakap, si dia lebih gemar berdiri. Lelaki jenis ini melambangkan yang jiwanya suka menguasai dan mengongkong. Dia suka mempengaruhi orang lain untuk kepetingan dirinya dan pantang mengalah.

6. Memandang mata
Ini adalah sifat lelaki yang yakin dan berani berterus terang. Dia sentiasa memberi perhatian, berusaha menjaga hati semua pihak, tidak kira sama ada rapat atau tidak hubungannya dengan individu tersebut.

7. Sensitif pada jarak
Apabila berbual, lelaki jenis ini akan duduk atau berdiri pada jarak tertentu bergantung kepada sejauh mana kemesraannya dengan seseorang individu itu. Dia amat peka terhadap perasaan individu serta tahu apa yang mereka suka atau tidak

8. Meniru gerak
Lelaki ini terpengaruh dengan rasa dan tingkah laku orang lain yang suka mempengaruhinya. Namun, sebenarnya si dia seorang yang amat mudah dibawa berbincang dan suka menurut asalkan ia tidak menimbulkan masalah pada dirinya.


hmm, yang manakah ciri-ciri bahasa tubuh yang anda minati? aku? nombor..... rahsia, haha.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

terima kasih kerana anda sudi singgah dan sudi komen.